Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra

Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra
link : Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra

Baca juga


Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang hanya bertindak melakukan akuan bersumpah (SD) semata-mata bagi menafikan tuduhan blogger, Raja Petra Kamaruddin.

"Kenapa Rafizi sendiri tidak menyaman Raja Petra yang menuduh beliau terima duit secara terbuka. Dia hanya melakukan SD menafikan tuduhan itu.

"SD sahaja tidak cukup, sepatutnya Rafizi kena saman kerana Raja Petra menyebut dengan jelas bahawa beliau dan beberapa pemimpin PKR menerima duit.

"Namun dalam kes Pas (tuduhan Sarawak Report bahawa Pas terima duit RM90 juta) kenapa Pas pula diminta untuk saman Sarawak Report. Nampak macam ada percanggahan dari segi isu," katanya kepada Sinar Harian.

Raja Petra pada 8 April lalu, mendakwa ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen pernah menyalurkan wang berjuta-juta ringgit kepada Rafizi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution disamping beberapa pemimpin lain.

Namun, Rafizi bertindak membuat SD  bagi menafikan dakwaan tersebut.

Mohd Amar juga membangkitkan persoalan, mengapa dalam isu ini, SD yang dilakukan Rafizi perlu diterima, walhal kes lain misalnya melibatkan SD Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor Bank Negara) tidak diterima.

"Dalam soal sumpah, Datuk Seri Anuar Ibrahim daripada awal tuduhan liwat sampai penjara tidak pernah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.

"Jadi bagaimana itu? Kalau kita terima SD Rafizi, maka kita perlu terima juga SD Saiful dan Murad.

"Kita kena konsisten, kalau ada metologi, perlu gunakan metalogi yang sama. Jangan kita gunakan untuk diri sendiri. Tidak betul caranya," katanya.

- sharian






Demikianlah Artikel Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra

Sekianlah artikel Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Amar: Kenapa Rafizi Tak Saman Raja Petra dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/nik-amar-kenapa-rafizi-tak-saman-raja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :