Judul : Murid hadiri Seminar UPSR mati lemas dalam kolam renang hotel
link : Murid hadiri Seminar UPSR mati lemas dalam kolam renang hotel
Murid hadiri Seminar UPSR mati lemas dalam kolam renang hotel
Sumber foto: nst.com.my |
Ketika kejadian itu, murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Nor Alia Zafira Mohd Fazlan, 12, sedang mandi bersama rakannya sebelum tiba-tiba tenggelam.
Kejadian itu disaksikan bapanya, Mohd Fazlan Mohd Hashim, 38, yang berada di tepi kolam bersama ibu bapa murid lain dan guru.
Mohd Fazlan berkata, ketika kejadian itu, anaknya sedang mandi bersama rakannnya di dalam kolam terbabit sementara dia bersama ibu bapa lain berada di tepi kolam.
Menurutnya, dia kemudian melihat rakan anaknya itu berenang ke tepi kolam namun anaknya tidak mengikut dan masih berada di tengah. Malah rakannya melambai namun arwah tetap tidak berganjak.
"Tidak lama kemudian saya lihat Nor Alia tenggelam timbul di tengah kolam dan ingat dia bergurau tetapi lepas itu terus tenggelam.
"Saya terus bergegas ingin menyelamatkan anak sebelum melihat kakitangan hotel terjun ke dalam kolam itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Mohd Fazlan berkata, pekerja itu kemudian segera mengangkat anaknyayang yang tidak sedarkan diri ke tepi kolam lalu membuat rawatan kecemasan namun gagal diselamatkan.
"Arwah datang ke sini kerana mengikut Program Celik Pintar UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) anjuran sekolah yang tamat petang tadi," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.48 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.
"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami mendapati seorang kanak-kanak perempuan lemas di dalam kolam namun mangsa sudah dibawa naik oleh orang awam," katanya.
Nur Hafizah berkata, operasi menyelamat tamat pada 8.06 malam dan mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber foto: hmetro.com.my |
Demikianlah Artikel Murid hadiri Seminar UPSR mati lemas dalam kolam renang hotel
Sekianlah artikel Murid hadiri Seminar UPSR mati lemas dalam kolam renang hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid hadiri Seminar UPSR mati lemas dalam kolam renang hotel dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/murid-hadiri-seminar-upsr-mati-lemas.html