Judul : [MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN
link : [MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN
[MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN
Bekas tentera diingatkan agar mendaftar mana-mana persatuan agar tidak terkecuali daripada menerima manfaat yang disediakan kerajaan terhadap perwira negara itu.
Adun Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail berkata, kerajaan tidak akan membiarkan bekas anggota pasukan keselamatan bekas pejuang yang mempertahankan negara dengan mempertaruhkan darah, keringat dan air mata itu melarat atau menderita.
Sebaliknya, kebajikan bekas tentera akan sentiasa diberikan pembelaan sama seperti anggota lain.
"Kerajaan memberikan pelbagai bantuan serta pembelaan kepada bekas tentera termasuk kesihatan, ekonomi, kediaman dan banyak lagi sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka.
"Segala jasa, keringat yang mereka pertaruhkan semasa mempertahankan negara dahulu, akan sentiasa dikenang rakyat dan kerajaan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Bekas Tentera Kawasan Chenor di sini, hari ini.
Mohamed Ariffin berkata, jika tiada wira-wira negara itu yang menentang koumunis di zaman darurat 1948 lalu, maka tidak akan ada keamanan, kemakmuraan serta pembangunan pesat sepertimana yang dikecapi sekarang.
Justeru beliau menyeru masyarakat untuk terus menyanjungi dan berterima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan wira dan pejuang tanahair itu.
Beliau turut mengingatkan bekas anggota tentera dan keselamatan supaya memasuki persatuan bagi membolehkan kerajaan membela nasib mereka.
"Adalah mustahil bagi kerajaan untuk membela ataupun memberikan bantuan kepada setiap orang anggota yang telah bersara melainkan jika menyertai persatuan tersebut," katanya.
Demikianlah Artikel [MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN
Sekianlah artikel [MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [MARAN] BEKAS TENTERA DIINGAT DAFTAR PERSATUAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/maran-bekas-tentera-diingat-daftar.html