Judul : Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut
link : Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut
Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut
Pakatan Harapan (PH) pembangkang di Malaysia mempunyai susun atur carta organisasi yang mungkin paling pelik di dunia kerana ianya tidak diketuai oleh seorang Pengerusi dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi seperti lazimnya, sebaliknya hanya meletakkan dua orang Penasihat sahaja. Menyedari hakikat ini, Lim Kit Siang hari ini mengeluarkan kenyataan, baca di sini, bahawa beliau dan Tun Dr Mahathir adalah seorang wira atau patriot. Lim Kit Siang juga menafikan bahawa beliau adalah merupakan badut kepada Tun Dr Mahathir dan juga sebaliknya.
Kita tidak pasti dengan status patriot yang diperjuangkan oleh Lim Kit Siang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, namun yang pasti DAP sudah memecah rekod dunia bila Kit Siang direkodkan sebagai pemimpin diktator paling lama di dunia iaitu 51 tahun. Rekod ini sepatutnya dimasukkan ke dalam Guinness World Book of Record. Apa yang pasti juga adalah, status patriot mereka adalah semata-mata untuk menyelamatkan anak-anak dan kroni masing-masing.
PH yang terdiri daripada pakatan parti DAP, PAN, PKR dan PPBM itu meletakkan nama Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Jawatankuasa Protem PH yang diputuskan dalam mesyuarat pakatan itu baru-baru ini. Secara lazimnya, di bawah Penasihat sepatutnya ialah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang jelas masih kosong kerana tidak diumumkan pun siapakah mereka.
Bukankah kalau diikutkan, sepatutnya Pengerusi adalah Lim Kit Siang kerana beliau mewakili DAP yang memiliki paling banyak kerusi berbanding parti pembangkang lain, iaitu 37 kerusi Parlimen dan 96 kerusi Dewan Undangan Negeri? Kalau Lim Kit Siang merupakan Pengerusi, pasti anaknya Lim Guan Eng kekal sebagai Timbalan Pengerusi, bukan? Barulah muncul Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, iaitu bekas Timbalan Menteri, Saifuddin Abdullah dan diikuti oleh AJK-AJK.
Jika di dalam mana-mana organisasi lain di dunia ini, nama Pengerusi untuk mengetuai sesuatu organisasi akan dipaparkan dengan jelas di dalam carta organisasi bagi memberikan maklumat kepada orang ramai siapa yang mengepalai organisasi itu. Jadi kenapa PH begitu berahsia mengenai siapa yang mengetuai pakatan berkenaan. Selalunya, oraganisasi haram sahaja yang mempunyai agenda tertentu dan tersembunyi akan merahsiakan siapa ketua mereka yang sebenar.
Pemerhati politik tahu dengan jelas kini bahawa Lim Kit Siang sebenarnya adalah ibarat Pengerusi PH dan Lim Guan Eng adalah Timbalannya. Namun itu tidak ditulis secara rasmi dalam PH. Setakat ini, parti-parti lain di dalam PH sememangnya akur dengan keputusan Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang dalam pelbagai hal seakan-akan pemimpin DAP itu mempunyai kuasa veto dalam PH. Mungkin dengan tidak menamakan dengan secara jelas dan terbuka siapa Pengerusi dan Timbalan PH adalah agenda tersembunyi kedua-dua beranak ini dalam memastikan usaha mereka untuk "use Melayu to screw Melayu".
Demikianlah Artikel Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut
Sekianlah artikel Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang Kata Beliau Dan Tun Dr Mahathir Adalah Patriot Dan Bukan Badut dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/lim-kit-siang-kata-beliau-dan-tun-dr.html