Judul : Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan
link : Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan
Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan
Lelaki yang memakai topi dan membawa beg silang berwarna hitam itu dikatakan suspek utama yang memecah masuk ke pejabat tersebut awal pagi tadi.
Namun kejadian berkenaan hanya disedari kira-kira pukul 7.50 pagi selepas salah seorang kakitangan tiba di pejabat berkenaan untuk memulakan tugas.
Difahamkan, sejumlah wang tunai dan dua bentuk cincin zamrud milik pekerja lesap.
Menurut Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, ketika kejadian dokumen dan surat berselerak di atas meja.
Katanya, terdapat kesan umpil pada laci dan pemeriksaan lanjut mendapati ruang kerja kakitangan lain turut diumpil.
"Terdapat kesan umpil pada cermin tingkap pejabat dan kita percaya ia menjadi laluan masuk pencuri terbabit.
"Kami telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 8.19 pagi dan turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan mencuri. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan
Sekianlah artikel Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/lelaki-pakai-topi-pecah-masuk-pejabat.html