Judul : LELAKI HINA PEMIMPIN NEGARA DI LAMAN SOSIAL DITAHAN
link : LELAKI HINA PEMIMPIN NEGARA DI LAMAN SOSIAL DITAHAN
LELAKI HINA PEMIMPIN NEGARA DI LAMAN SOSIAL DITAHAN
Kuala Lumpur - Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di Klang, Selangor hari ini kerana disyaki melakukan penghinaan terhadap pemimpin negara melalui laman sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menahan lelaki berkenaan kira-kira 3.15 petang serta merampas telefon bimbit dan simkad.
"Lelaki itu mengaku menggunakan telefon bimbit dan menghina kerajaan di laman sosial Facebook," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Mohd Sukri berkata sebelum itu, satu laporan polis terhadap lelaki berkenaan
dibuat orang awam pada Rabu lepas selepas gambarnya memakai baju dan memegang kertas tertera tulisan menghina pemimpin negara menjadi tular di laman sosial.
Katanya, lelaki berkenaan direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia.
Demikianlah Artikel LELAKI HINA PEMIMPIN NEGARA DI LAMAN SOSIAL DITAHAN
Sekianlah artikel LELAKI HINA PEMIMPIN NEGARA DI LAMAN SOSIAL DITAHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LELAKI HINA PEMIMPIN NEGARA DI LAMAN SOSIAL DITAHAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/lelaki-hina-pemimpin-negara-di-laman.html