[LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN

[LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN
link : [LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN

Baca juga


[LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berkata pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik memerlukan perlindungan dan taraf Pemastautin Tetap (PR) kerana bimbang layanan buruk oleh pihak berkuasa India sekiranya pulang ke negara itu.

Katanya, keadaan itu sama dihadapi aktivis NGO yang bimbang menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa selepas ditahan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas sidang meja bulat PERKASA berkenaan kesan pelaburan China di Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, dakwaan bahawa Zakir mempromosikan keganasan dan menghina agama lain juga tidak berasas kerana pendakwah itu hanya melakukan perbandingan antara agama.

"Perbandingan antara agama dibincangkan setiap hari di seluruh dunia. Maka berlaku adillah kepadanya, jangan berdasarkan sentimen.

"Tambahan pula zakir memberi syarahan kepada orang Islam. Jika ada segelintir orang bukan Islam yang ingin hadir, kita tidak boleh halang," katanya.

Ditanya mengenai orang bukan Islam yang tidak boleh menyentuh mengenai soal agama Islam dalam program terbuka seperti dilakukan Zakir, beliau mengingatkan mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

"Agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. Namun ramai orang Islam pergi ke Batu Caves ketika perayaan (Thaipusam), dan gereja menganjurkan majlis buka puasa untuk orang Islam," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Biro Ekonomi dan Agenda Nasional PERKASA, Datuk Ruhanie Ahmad mendesak Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam meletakkan jawatan kerana mempersoalkan pemberian status PR kepada Zakir.

"Keputusan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri dan dipersetujui seluruh kabinet. Beliau adalah menteri yang berada dalam kabinet. Jika beliau tidak setuju, boleh letak jawatan," kata Ruhanie.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan telah memberi status PR kepada Zakir sejak lima tahun lalu.

Presiden MIC itu berkata kehadiran Zakir tidak diperlukan di Malaysia kerana ulama di negara ini jauh lebih cekap dan sudah cukup berwibawa.

Beliau juga memberi amaran kehadiran pendakwah kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara.

Zakir sebelum ini dikaitkan dengan aktivit keganasan dan kini dihendaki pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang haram.


Demikianlah Artikel [LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN

Sekianlah artikel [LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LAWAN KERAJAAN] Subramanian, Menteri KKM PERLU LETAK JAWATAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/lawan-kerajaan-subramanian-menteri-kkm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :