Judul : Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School
link : Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School
Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School
PUTRAJAYA 11 April - Kementerian Pendidikan merancang menambah sebanyak lapan buah sekolah luar bandar untuk ditransformasikan dengan kemudahan pembelajaran moden di bawah inisiatif My New School.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia melibatkan sekolah-sekolah yang daif di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
“Sebelum ini sebanyak empat buah sekolah telah dipilih untuk melaksanakan inisiatif tersebut iaitu dua di Sabah dan dua (Sarawak).
“Pada tahun ini, inisiatif ini dipanjangkan kepada lapan buah sekolah lagi,” katanya semasa berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof.
My New School adalah inisiatif kerajaan menaik taraf sekolah daif di luar bandar ke arah kemudahan pembelajaran moden, selain menjadikan sekolah berkenaan sebagai hab komuniti yang merangkumi aktiviti sosial antara komuniti dan warga sekolah.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir memberitahu, pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun lalu telah menunjukkan peningkatan sebanyak 92 peratus kehadiran, melibatkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara.
Menurutnya, pencapaian itu melebihi sasaran sebanyak 65 peratus kehadiran yang ditetapkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.
Beliau berkata, penglibatan tersebut melibatkan enam aktiviti Sarana Ibu Bapa PPPM iaitu, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); hari anugerah cemerlang; hari sukan; hari penetapan sasaran; hari pelaporan dan hari kokurikulum.
“Sasaran inisiatif ini tidak akan berjaya dicapai melainkan kita bekerja secara berkumpulan di samping sumbangan daripada setiap bahagian dan jabatan di kementerian.
“Ini adalah antara pencapaian yang menjadi sasaran utama untuk PPPM,” katanya.
Selain itu menurutnya, antara kejayaan lain di bawah inisiatif PPPM termasuklah peningkatan peratusan prasekolah kementerian yang melepasi standard minimum iaitu daripada 89.8 peratus pada 2015 kepada 99 peratus tahun lalu.
Turut menyumbang kepada kejayaan itu tambah beliau, peningkatan 77 peratus sasaran penjimatan yang dijajarkan kepada aktiviti yang mendukung keberhasilan murid, berbanding tahun sebelumnya.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

Demikianlah Artikel Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School
Sekianlah artikel Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/lapan-sekolah-luar-bandar-akan.html