[KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG

[KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG
link : [KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG

Baca juga


[KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG


Yusri Yusof


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang kini diteraju oleh Yang Dipertua (YDP) Baharu iaitu Yusri Yusof selepas menang dalam pemilihan yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 42, semalam.

Yusri Yusof yang menjawat jawatan Naib Yang Dipertua DPMM Pahang sebelum ini mengalahkan YDP, Datuk Rahman Daud

Timbalan YDP pula disandang oleh Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman dan Naib YDP pula dipegang oleh Yusrizal Omar.

Yusri berkata, melalui kepimpinan baharu itu, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan agar pertubuhan itu dapat memperjuangkan kebajikan ahli-ahli.

Menurutnya, selain mengatur pelbagai program untuk manfaat ahli, DPMM Pahang juga akan menjalin hubungan baik dengan kerajaan negeri.

“Menerusi kerjasama erat dengan semua agensi kerajaan diharap dapat membantu ahli DPMM Pahang mendapat faedah pembiayaan dan peluang baharu untuk memasarkan produk masing-masing.

“Seterusnya dapat meletakkan DPMM sebagai organisasi yang disegani dan dihormati seperti tahun 90an dulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Yusri berkata, penstrukturan semula kembali pentadbiran akan dilakukan supaya organisasi itu lebih mantap bersesuaian dengan kecanggihan teknologi dan zaman digital.

Jelasnya, dalam tempoh dua tahun ini, pihaknya akan melangsaikan hutang sedia ada selain mengurangkan hutang yang ditanggung DPMM ekoran beberapa kelemahan sebelum ini.

“Saya memohon agar kerajaan negeri melihat serta memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk membangunkan kembali DPMM dan terbuka untuk menjalinkan sebarang kerjasama pada masa akan datang,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG

Sekianlah artikel [KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] YUSRI TERAJU DPMM PAHANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/kuantan-yusri-teraju-dpmm-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :