[KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI

[KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI
link : [KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI

Baca juga


[KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI

Berjaya cipta mesin biskut suji



Bagi mengatasi masalah membentuk biskut suji secara manual, tiga penyelidik Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) mencipta mesin semi automatik untuk menghasilkan biskut suji dengan lebih cepat.

Ketua Penyelidik, Aida Haryati Muda berkata, pihaknya mengambil masa enam bulan untuk melakukan kajian sebelum menghasilkan mesin berkenaan.

Menurutnya, dengan kos RM28,054 di bawah program Jaringan Penyelidikan Swasta – Awam (PPRN), beliau bersama dua rakan penyelidik, Masliana Idris dan Ahmad Zaifazlin Zainordin berjaya mencipta mesin itu dalam tempoh ditetapkan.

“Mesin semi automatik ini mampu meningkatkan pengeluaran selain mengurangkan penggunaan tenaga kerja.

“Sekali gus dapat menjimatkan kos operasi syarikat pengusaha biskut ini selain meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 67 peratus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Aida Haryati berkata, projek inovasi itu adalah sebahagian peranan yang dimainkan pensyarah ke arah melahirkan lebih ramai penyelidik di samping membantu pengusaha atau pihak industri.

Sementara itu, pengusaha biskut suji, Zainun Damirin berkata, beliau gembira dengan inovasi yang dijalankan kumpulan penyelidik berkenaan bagi membantunya mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, dengan adanya mesin berkenaan, dia kini mampu menghasilkan lebih banyak biskut suji dalam satu masa.

“Proses membuat biskut menjadi lebih mudah selain menjimatkan kos operasi,” katanya yang beroperasi di Kluang, Johor.






Demikianlah Artikel [KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI

Sekianlah artikel [KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] POLISAS BERJAYA CIPTA MESIN BISKUT SUJI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/kuantan-polisas-berjaya-cipta-mesin.html

Subscribe to receive free email updates: