Judul : [KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi
link : [KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi
[KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi
KOTA BHARU: Perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV (SSMIV) tegang malam ini apabila kira-kira 1,000 penyokong pasukan Kelantan berkumpul kerana berang dengan keputusan pengadil perlawanan.
Mereka mendakwa keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin, berat sebelah yang membawa kepada kekalahan Kelantan di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 3-2.
Kumpulan itu melaung-laung kata tidak puas hati.
Segelintir penyokong dilihat turut membakar suar dalam perhimpunan itu yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Tiada insiden buruk berlaku.
Kemarahan penyokong Kelantan berpunca daripada keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 oleh Gonzalo Gabriel Canbrera.
Keputusan itu menyebabkan penyokong Kelantan mula membaling objek ke padang.
Insiden ini menyebabkan penonton lain termasuk penyokong JDT terpaksa menunggu 30 minit dalam stadium sebelum boleh keluar. - BH
Demikianlah Artikel [KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi
Sekianlah artikel [KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/kalah-3-2-lawan-jdt-penyokong-kelantan.html