[JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH

[JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH
link : [JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH

Baca juga


[JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH


Infak skuter elektrik untuk madrasah


Skuter elektrik MAD Velocifero yang dipamerkan di Madrasatul Muallim Al-Arabiyyah, di sini bersempena Majlis Penutup Kem Shields (Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya) anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Jerantut mencuri perhatian ramai.

Kenderaan mesra alam yang menjimatkan itu dibawa syarikat Cervello Tres dari Shah Alam untuk dicuba pelajar madrasah berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat terbabit, Azrul Helmi Hafiz Abd Malek berkata, pihaknya tidak hanya membuka peluang kepada pelajar mencubanya, malah turut menginfakkannya kepada madrasah berkenaan.

“Terpulang kepada pihak madrasah untuk menggunakannya sama ada untuk digunakan pelajar berulang ke masjid atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, skuter elektrik itu bukan sahaja untuk sukan ekstrem dan off road, malah sesuai digunakan sebagai kenderaan harian.

Pihaknya turut melantik madrasah tersebut sebagai wakil jualan bagi mereka yang berminat dapatkan skuter elektrik berkenaan.

“Orang ramai yang berminat untuk mencuba dan mengetahui tentang skuter ini boleh hadir ke madrasah ini untuk mencubanya. 

“Skuter ini terdiri dari pelbagai jenis dengan kuasa elektrik yang berbeza bermula dari 500 watt sehingga 2,000 watt. Harga juga berbeza mengikut kuasa elektrik itu di mana harga bermula dari RM3,890 sehingga RM6,300,” katanya.

Menurutnya, skuter berkenaan mula dilancarkan di Seksyen 13, Shah Alam oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ia diimport khas dari Itali. Saya cadangkan untuk kegunaan harian, mungkin sesuai menggunakan skuter elektrik dengan kuasa 500 wat atau 1,300 wat,” katanya.




Demikianlah Artikel [JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH

Sekianlah artikel [JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] INFAK SKUTER ELEKTRIK UNTUK MADRASAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/jerantut-infak-skuter-elektrik-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :