Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut

Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut
link : Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut

Baca juga


Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut

Sinar Harian
Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut
Katerina Laktionova - Foto vk, east2west News
ROME - ITALI. Seorang ibu yang kecewa dengan kematian anaknya akibat anoreksia, mengambil keputusan membuang mayat wanita itu ke laut.

Mayat Katerina Laktionova, 27, ditemui di dalam bagasi dengan keadaan fizikal menunjukkan dia mengalami kekurangan gizi makanan di perairan Ramini oleh nelayan Itali.

Ibu berusia 48 tahun itu yang tidak dinamakan bekerja di Itali sebagai jururawat terbang kembali ke Rusia selepas melupuskan mayat itu dan memberitahu rakannya di Ramini.

Wanita itu mengakui menjadi gila kerana tragedi kematian anak perempuannya akibat anoreksia dan mahu memadam segala kenangan bersama beliau.
"Dia sudah mati, saya menjaganya beberapa hari dan saya hilang pertimbangan dan meletakannya dalam beg pakaian dan melemparkan ke laut," katanya.
Wanita itu mengakui menyimpan mayat anaknya selama seminggu sebelum melemparkannya ke laut, lapor Mail Online.
Susulan insiden, polis Itali melancarkan siasatan jenayah ke atas kematian bekas model itu.

Difahamkan, semasa meninggal dunia, berat Katerina hanya 35 kilogram.
Laporan mengatakan, wanita itu telah lama menyedari anak perempuannya sakit tenat dan telah berusaha membantu untuk tempoh yang panjang malah baru-baru ini, dia turut membawa pulang ke Rusia untuk rawatan.

Sementara itu, bapa Katerina, Alexander, 46 berkata, bekas isterinya itu berhijrah ke Itali dua tahun lalu bersama Katerina.
'Anak perempuan saya sudah menderita hilang selera makan, " katanya.
Memetik laporan dari agensi berita Tass, mangsa meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Pejabat Kedutaan Rusia di Rome berkata, pihaknya telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan kepada pihak berkuasa Itali bagi mengesahkan kewarganegaraan dan identiti mangsa.
'Kami belum menerima jawapan rasmi," kata sumber.
Polis Itali sebelum ini mengesyaki mayat yang ditemui itu adalah seorang wanita Jerman yang hilang dari kapal pelayaran pada bulan Februari.


Demikianlah Artikel Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut

Sekianlah artikel Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/ibu-letak-mayat-anak-dalam-bagasi.html

Subscribe to receive free email updates: