Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor

Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor
link : Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor

Baca juga


Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor

KUALA LUMPUR 23 April – Guru yang mengalami tekanan atau mempunyai tanda-tanda kemurungan dinasihatkan mendapat khidmat kaunseling dengan Unit Psikologi dan Kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pada tahun lalu sahaja, kira-kira 200 guru sekolah menengah dan rendah telah mendapat khidmat daripada unit tersebut.

“Hakikatnya daripada jumlah itu hanya 20 hingga 30 peratus guru yang diminta untuk mendapatkan bantuan kaunseling manakala selebihnya datang dengan sukarela sebaik menyedari mereka mempunyai tanda-tanda kemurungan atau tekanan emosi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan 2017 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar tahun dua cedera dan terpaksa menerima lapan jahitan di kepala apabila gurunya yang hilang kawalan bertindak membaling kerusi kayu terhadap rakan mangsa yang membuat bising di sebuah sekolah di Penampang, Sabah.

Walau bagaimanapun apabila pelajar tersebut lari, mangsa yang kebetulan berada berhampiran terkena kerusi tersebut.

Kamalanathan berkata, bantuan kaunseling perlu bagi memastikan guru terus proaktif dan pada masa sama mengelak mereka daripada bertindak agresif yang akhirnya boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar.

Ujar beliau, setakat ini kementeriannya belum ada cada­ngan untuk mewajibkan semua guru untuk mendapat khidmat kaunseling.

Sumber: Utusan Malaysia

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor

Sekianlah artikel Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/guru-tertekan-disaran-jumpa-kaunselor.html

Subscribe to receive free email updates: