Judul : Gred 'E' dalam UPSR bukan bermaksud gagal - KPM
link : Gred 'E' dalam UPSR bukan bermaksud gagal - KPM
Gred 'E' dalam UPSR bukan bermaksud gagal - KPM
KUALA LUMPUR - Pelajar yang memperoleh keputusan gred 'E' dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan bermaksud mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gred itu menunjukkan mereka tidak mencapai tahap minimum penguasaan bagi subjek tertentu di dalam kelas dan perlu meningkatkan usaha bagi memastikan mereka berjaya menguasai sepenuhnya subjek yang dipelajari.
"Pencapaian gred dalam UPSR mempunyai skala daripada 'A' hingga 'E'. Gred 'E' bukanlah bermaksud mereka gagal dalam sesebuah mata pelajaran itu sebaliknya pelajar masih tidak menguasai sepenuhnya mata pelajaran tersebut.
"Ia hanya menunjukkan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap minimum dalam keputusan bagi sesebuah subjek di peringkat sekolah rendah...jadi dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, usaha perlu ditingkatkan bagi memperoleh keputusan yang cemerlang," katanya pada Persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairul Azwan Harun mengenai kekeliruan ibu bapa yang mempersoalkan status gred 'E' yang diperoleh anak mereka dalam keputusan UPSR. – Bernama

Demikianlah Artikel Gred 'E' dalam UPSR bukan bermaksud gagal - KPM
Sekianlah artikel Gred 'E' dalam UPSR bukan bermaksud gagal - KPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gred 'E' dalam UPSR bukan bermaksud gagal - KPM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/gred-e-dalam-upsr-bukan-bermaksud-gagal.html