Judul : CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH
link : CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH
CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH
Pas optimis dapat bantu buka mata semua pihak
KOTA BHARU - Pas optimis dengan penjelasan yang diberikan semasa pembentangan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen semalam akan memberi pandangan baru kepada semua pihak terutamanya pembangkang dalam memahami pindaan akta tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan satu perkembangan baik apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dibenarkan untuk membawa satu RUU persendirian itu semalam.
"Saya pun terkejut kerana celahan pun tidak banyak semasa perbahasan, dan kalau ada pun semuanya celahan yang baik, kearah mereka nak memahami RUU tersebut.
"Saya juga dicelah oleh ahli parlimen bukan islam, terutamanya mengenai jika lulus pindaan ini, maka hudud akan dilaksanakan. Ini yang ditakuti oleh bukan Islam. Maka saya dan Tok Guru Haji Hadi jelaskan perkara ini dengan baik.
"Dan saya yakin mereka kini lebih jelas kenapa kita naikkan hukuman kepada 30 tahun dan denda kepada 100,000 dan kenapa 6 rotan sebatan kepada 100 rotan sebatan Syariah. Alhamdulialh smuanya faham dan baik," katanya kepada media di sini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Sidang kali ini dah macam mahkamah pula']
Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam sejurus tiba di Kota Bharu dan disambut oleh Pemuda, Muslimat dan kepimpinan Pas negeri.
Demikianlah Artikel CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH
Sekianlah artikel CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/celahan-yang-baik-dari-jahiliyah.html