Judul : Bukan ditampar guru, kes selesai cara baik
link : Bukan ditampar guru, kes selesai cara baik
Bukan ditampar guru, kes selesai cara baik
Imej via Sinar Harian |
Isu itu mendapat perhatian pihak Jabatan Pendidikan Kelantan (JPN) apabila wakil JPN dari Unit Perhubungan dan Pendaftaran Sektor Pengurusan Sekolah, Che Hanuni Che Ali dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Bachok, Mohd Faizul Yusoff hadir ke sekolah itu tengah hari tadi.
Mohd Faizul berkata, dalam kejadian itu guru wanita terlibat tidak berniat untuk menampar Ahmad Usaima Mohd Azman,15.
Dalam kejadian itu, Mohd Usaima bersama beberapa lagi rakannya dikatakan berselisih dengan guru itu di koridor dan dia ditegur guru itu kerana tidak memakai tali leher.
Dalam keadaan panik, Ahmad Usaima dikatakan cuba mengelak lalu terjatuh terkena dinding koridor bangunan sekolah.
Dia dirujuk ke bilik kesihatan namun tidak dapat dirawat di sekolah berikutan ketiadaan kelengkapan.
Justeru, guru bertugas menghubungi ibunya untuk dirujuk ke klinik berdekatan.
“Namun, ibu bapanya tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan membuat laporan polis. Pihak PPD dan sekolah kemudiannya telah ke rumah mangsa bagi berbincang hal ini dan kami telah mencapai kata sepakat mengenai hal ini.
“Ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut hadir hari ini untuk bertemu mata dan menyelesaikannya secara muafakat. Suasana yang keruh ini telah dijernihkan dan perbelanjaan perubatan pelajar itu akan bantu sepenuhnya oleh pihak sekolah,”katanya dalam sidang media di SMK Beris Panchor tengah hari tadi.
Imej via Sinar |
Beliau berkata, pertemuan itu boleh dianggap berjaya membincangkan untuk memberi situasi adil kepada kedua belah pihak.
Dalam pertemuan itu juga, Ahmad Usaima dan kakaknya, Amni Nur Amirah,16, turut menerima tawaran untuk menginap di asrama memandangkan kediaman mereka agak jauh dari sekolah berkenaan.
Katanya, selepas ini beliau berharap agar semua guru meningkatkan lagi hubungan dengan ibu bapa dan menerapkan konsep sekolah penyayang di peringkat sekolah dan PPD.
Sementara, Naib Yang DiPertua PIBG SMK Beris Panchor, Muhd Fadhli Jusoh berkata, permuafakatan itu amat berjaya seperti yang diharapkan oleh PIBG.
“Permuafakatan ini amat baik demi pendidikan anak- anak kami. Apa yang terbuku di hati semuanya dapat dileraikan. Inilah yang ibu bapa harapkan seperti mana pepatah muafakat membawa berkat dan ia perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
“Memang menjadi hasrat PIBG dan ibu bapa untuk memastikan keselamatan dan kebajikan sentiasa diutamakan. Apa yang kita lakukan hari ini adalah penyataan bersama, begitu juga dengan pihak sekolah dan JPN. Terima kasih banyak di atas ketelusan permuafakatan hari ini,” katanya
Demikianlah Artikel Bukan ditampar guru, kes selesai cara baik
Sekianlah artikel Bukan ditampar guru, kes selesai cara baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bukan ditampar guru, kes selesai cara baik dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/bukan-ditampar-guru-kes-selesai-cara.html