BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI

BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI
link : BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI

Baca juga


BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI

Ali Hamsa



SUNGAI PETANI - Rakyat diminta terus bersatu dan utuh demi Malaysia walaupun wujud pihak yang cuba memburukkan dan menjejaskan ekonomi negara demi kepentingan sendiri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pihak tidak bertanggungjawab ini selain cuba memecah-belahkan hubungan sesama rakyat, turut membuat pelbagai tuduhan dan penipuan seperti melabel negara sebagai bankrap.

"Kalau bankrap tak adalah negara lain akan datang melawat kita, tak ada institusi mengiktiraf Malaysia sebagai negara nombor satu untuk pelaburan,"

katanya ketika berucap pada majlis 'Ekspresi Negaraku' peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Ali berkata, keyakinan pelabur terhadap negara semakin meningkat berikutan

keyakinan ditunjukkan negara-negara luar dan pemimpinnya terhadap Malaysia serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Misalnya negara seperti China, di mana pelaburan diunjurkan sebanyak RM144 bilion, Arab Saudi dengan lawatan Raja Salman (bin Abdulaziz al-Saud) baru-baru ini dan kita lihat satu projek saja iaitu Petronas dan Aramco (Saudi Arabian Oil Company) telah menghasilkan pelaburan sebanyak RM32 bilion," katanya.

Ali berkata negara anggota ASEAN juga mempunyai hubungan kerajaan dengan kerajaan dan ekonomi yang terbaik dengan Malaysia, malah India baru-baru ini juga diunjurkan akan membawa pelaburan yang tinggi kepada Malaysia.

"Insya-Allah dalam masa terdekat beberapa pemimpin negara akan mengunjungi Malaysia untuk menjalin hubungan rapat selain beberapa pemimpin dari negara di Timur Tengah," katanya.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan memastikan segala pembangunan yang tercapai akan dinikmati melalui penekanan kepada ekonomi rakyat.

"Pertumbuhan prestasi ekonomi negara kita adalah memberangsangkan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang. Pada 2016 kita capai tahap 4.2 peratus kadar pertumbuhan ekonomi.

"Pada tahun ini Bank Negara unjurkan ekonomi kita akan berkembang di antara 4.3 dan 4.8 peratus," katanya.






Demikianlah Artikel BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI

Sekianlah artikel BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSATU WALAU ADA PIHAK CUBA BURUKKAN EKONOMI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/bersatu-walau-ada-pihak-cuba-burukkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :