Alasan batal permit tak munasabah: Azmin

Alasan batal permit tak munasabah: Azmin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alasan batal permit tak munasabah: Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alasan batal permit tak munasabah: Azmin
link : Alasan batal permit tak munasabah: Azmin

Baca juga


Alasan batal permit tak munasabah: Azmin

Sinar Harian
Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM – Alasan pembatalan permit dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disifatkan tidak munasabah.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, alasan kononnya terdapat bantahan daripada penduduk setempat adalah tidak munasabah jika mengambil kira lokasi dialog serta aspek keselamatan yang diaturkan oleh pihak penganjur.
“Saya tidak faham mengapa permit itu dibatalkan kerana alasan yang diberikan amat tidak munasabah.

“Kononnya ada penduduk yang membantah, sedangkan kawasan itu tidak berdekatan dengan kawasan perumahan dan ianya (dialog) berada dalam satu suasana di dalam bangunan, bukan di tempat terbuka dan tidak ada sebab (untuk batalkan dialog),” katanya.

Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Perasmian Festival Smart Trak Selangor 2017 dan Pelancaran Garis Panduan Trak Bergerak (Makanan, Barangan dan Perkhidmatan) Peringkat Negeri Selangor, malam ini.
Katanya lagi, pembatalan permit dialog berkenaan juga menunjukkan kebimbangan kerajaan persekutuan dalam soal pembongkaran skandal 1MDB.

“Ini sekali lagi membuktikan bahawa Perdana Menteri amat takut sekiranya Tun Dr Mahathir membongkarkan skandal 1MDB ini dengan bukti-bukti yang lebih kuat dan kukuh.
“Sepatutnya, kalau beliau yakin bahawa ini tidak akan menjejaskan pentadbirannya atau pun kewibawaanya, beliau tidak harus menghalang debat seperti ini diteruskan,” katanya.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob mengumumkan pembatalan dialog berkenaan setelah pihaknya menerima surat pembatalan permit daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.


Demikianlah Artikel Alasan batal permit tak munasabah: Azmin

Sekianlah artikel Alasan batal permit tak munasabah: Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alasan batal permit tak munasabah: Azmin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/alasan-batal-permit-tak-munasabah-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :