Judul : AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........
link : AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........
AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........
PKR masih mengharapkan Pas?
SEBERANG JAYA - PKR yakin Pas akan memuktamadkan keputusan mengenai isu tahaluf siyasi dengan semangat untuk mengukuhkan gabungan pakatan.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin keputusan itu akan dibuat dengan sebaiknya kerana keputusan Majlis Syura Pas berbeza dengan parti politik lain.
Menurutnya, setakat ini PKR masih lagi menunggu keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
"Kita tak boleh buat spekulasi..tunggu lah majlis syura buat keputusan rasmi, sebelum ini hanya segelintir ahli pas sahaja yang membangkitkan isu berkenaan.
"Saya yakin kepimpinan tertinggi Pas akan membuat keputusan atas semangat untuk mengukuhkan semangat pakatan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang yang diadakan di sini, hari ini.
Hadir merasmikan konvensyen berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasib barisan Exco dari Pas di Selangor, Azmin berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan rasmi mengenai usul tersebut.
Pada 27 April lalu, Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR ditamatkan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagaimanapun berkata, keputusan usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas.
Demikianlah Artikel AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........
Sekianlah artikel AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/akibat-putus-memang-mengecewakan-pkr.html