Judul : AHOK MENGHIBA ISLAM MESTI DIPENJARAKAN
link : AHOK MENGHIBA ISLAM MESTI DIPENJARAKAN
AHOK MENGHIBA ISLAM MESTI DIPENJARAKAN
Gesa Ahok dipenjara
Ahok bercakap kepada media selepas membuang undi pada 15 Februari lalu.
JAKARTA - INDONESIA. Pendakwa di Indonesia menggesa Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dipenjara selama setahun atas tuduhan menghina Islam.
"Kami menggesa hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara selama setahun kepada defendan kerana menyatakan kebencian atau penghinaan terhadap sebahagian daripada rakyat Indonesia.
"Kami juga menuntut tambahan dua tahun bagi tempoh percubaan di mana jika kesalahan itu diulangi dalam tempoh tersebut, beliau akan dipenjara," menurut ketua pendakwa, Ali Mukartono.
Tuntutan itu dibuat berhubung kenyataan Ahok tahun lalu tentang lawannya yang memetik surah Al-Maidah semasa bertemu pengundi di Kepulauan Seribu.
Semalam, ratusan ribu ahli kumpulan pelampau dari Barisan Pembela Islam (FPI) menyatakan bantahan terhadap Ahok semasa kempen pilihan raya dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada gesaan pihak pendakwa.
Mereka berkumpul di luar mahkamah sambil melaungkan 'tidak cukup' selepas pendakwa membuat permohonan itu. - Reuters
Demikianlah Artikel AHOK MENGHIBA ISLAM MESTI DIPENJARAKAN
Sekianlah artikel AHOK MENGHIBA ISLAM MESTI DIPENJARAKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AHOK MENGHIBA ISLAM MESTI DIPENJARAKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/ahok-menghiba-islam-mesti-dipenjarakan.html