'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli

'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli
link : 'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli

Baca juga


'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli

Foto via Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap admin atau pentadbir kumpulan aplikasi WhatsApp yang gagal mengawal ahli mereka menyebarkan maklumat palsu sehingga mengancam keselamatan negara, kata timbalan menteri komunikasi dan multimedia.

Petikan Akhbar Berita Harian
Datuk Jailani Johari yang dipetik Berita Harian berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk pelbagai kesalahan, termasuk penyebaran berita palsu, berbaur fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang, iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan, sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit, bergantung kepada fakta dan keterangan setiap kes.

“Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan,” katanya dipetik akhbar itu semalam.

Minggu lalu, daerah Varanasi di India mengumumkan pelaksanaan hukuman penjara kepada pentadbir kumpulan WhatsApp yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu oleh mereka sendiri atau ahli, berdasarkan undang-undang jenayah siber, Akta Teknologi Maklumat dan Kanun Keseksaan.

Majistret Yogeshwar Ram Mishra dan Ketua Polis daerah itu, Nitin Tiwari menerusi kenyataan bersama berkata, pentadbir itu boleh disiasat jika mereka berkongsi atau membiarkan berita palsu disebarkan ahli kumpulannya sehingga mengancam keamanan negara itu.

Jailani mengingatkan pentadbir kumpulan WhatsApp supaya lebih bertanggungjawab dan mengawal tindak-tanduk ahli mereka bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.

Ini kerana, katanya, pentadbir memainkan peranan “gate keeper” untuk menapis maklumat palsu dan tidak berkongsi dalam kumpulannya atau menyebarkan ke media sosial lain.


jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel 'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli

Sekianlah artikel 'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Admin WhatsApp' Boleh Dipenjara Jika Gagal Kawal Ahli dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/admin-whatsapp-boleh-dipenjara-jika.html

Subscribe to receive free email updates: