Judul : Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping?
link : Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping?
Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping?
Semalam tular di laman media sosial berkaitan banner yang memaparkan penghormatan dan ucap selamat kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong sempena Majlis Pertabalan Baginda. Banner berkenaan yang diletakkan di hadapan pejabat MCA mempunyai sedikit kecacatan dan kesalahan padanya apabila kesalahan 'pertabalan' disalah eja sebagai 'perbatalan'.
Kita memahami adalah satu kekhilafan untuk MCA Bahagian Taiping tidak menyemak apa yang disediakan oleh pembekal sebelum dipaparkan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang. Menyedari kesilapan tersebut, MCA Bahagian Taiping dengan pantas menurunkan banner berkenaan dan membuat Kenyataan Media memohon maaf seperti berikut:
Selamat petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan. Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami.
Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula.
Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku diatas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tulus ikhlas daripada Cik Ang Sui Eng, Pengerusi MCA Bahagian Taiping.Bannner dengan ejaan yang betul telah dinaikkan semula dengan kadar segera seperti di bawah:
Usaha MCA Taiping ini wajar dipuji apatah kesalahan yang tidak disengajakan ini dimaafkan. Pertama, perkara ini tidak disengajakan. Kedua, tindakan segera untuk pembetulan telah dilakukan. Dan Ketiga, permohonan maaf dari Bahagian berkenaan telah dilakukan.
MCA bukan seperti DAP yang tidak pernah meminta maaf apabila melakukan sebarang kesilapan apabila menghina atau melukakan perasaan orang Melayu Islam. Isu penghinaan lagi "Negaraku", penghinaan terhadap isu azan serta pelbagai lagi isu yang telah menyinggung hati orang Melayu dan Islam di negara ini, masih belum diselesaikan oleh DAP.
Demikianlah Artikel Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping?
Sekianlah artikel Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/ada-apa-dengan-banner-mca-di-taiping.html