402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar

402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar
link : 402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar

Baca juga


402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 402 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dikenal pasti sebagai sekolah “hotspot” melibatkan kes salah laku dan disiplin, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Beliau berkata, sekolah itu didapati mencatat kadar salah laku dan masalah disiplin murid yang agak tinggi berdasarkan maklumat dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan berisiko jenayah antara faktor meletakkan sekolah berkenaan di dalam kategori “hotspot”.

“Namun, jumlah sekolah yang terlibat dalam ‘hotspot’ ini pada dasarnya adalah terkawal dan pihak sekolah dapat mengawal murid dan sekolah mereka.

“Secara keseluruhannya, jumlah murid yang terlibat dalam kes disiplin dan dianggap tegar adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 orang sahaja bagi sesebuah sekolah. Mereka ini akan dirujuk kepada guru kaunseling dan guru disiplin bagi proses intervensi dan pemulihan,” katanya kepada Bernama.

Difahamkan, Selangor mencatat bilangan sekolah “hotspot” tertinggi iaitu sebanyak 76 sekolah, diikuti Johor (63), Negeri Sembilan (40), Pahang (37) dan Pulau Pinang (37).

Khair berkata, ketegasan pihak sekolah dalam mencatat salah laku murid membolehkan KPM membantu sekolah dalam menangani salah laku murid dengan melibatkan sekolah tersebut dalam program KPM di peringkat nasional.

Menurutnya, melalui program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), KPM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia memperkenalkan Program Remaja Berwawasan (PRB) pada 2013.

Program itu, katanya, memberi fokus kepada murid mempunyai masalah disiplin untuk dibangunkan sahsiah dan jati diri mereka.

“Pada masa sama, KPM juga bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk menangani masalah disiplin di sekolah-sekolah terpilih,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan ibu bapa melibatkan diri dalam Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid di sekolah melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), di samping memberi bimbingan kepada anak ketika berada di rumah.

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel 402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar

Sekianlah artikel 402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 402 sekolah ‘hotspot’ babit kes salah laku, disiplin pelajar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/402-sekolah-hotspot-babit-kes-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :