4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor

4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor
link : 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor

Baca juga


4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor


SHAH ALAM, 30 April: Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu depan bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, hasil perbincangan akan diumumkan kelak memandangkan secara teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk rekod Nizar Jamaluddin Bekas Menteri Besar Perak dan kerajaan pakatan Perak hanya bertahan hampir 13 bulan selepas itu tumbang.

Menurut sumber yang rapat dengan Menteri Besar itu, Azmin kini semakin resah berhadapan krisis kepimpinan Selangor sekarang bagi mengelakkannya sebagai ketua kerajaan negeri paling singkat memegang kuasa berbanding Nizar Jamaluddin di Perak. ‘Perang’ antara Pas, PAN, PKR, dan DAP kerana jika gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang

Azmin turut berhadapan dengan tekanan dalam PKR antara Kem Presiden dan Timbalan Presiden. Isu rasuah dikalangan Kem Timbalan Presiden PKR seperti Zuraida, Adam Rosly, Hilman Pegawai Azmin yang terus diganyang oleh Rafizi Ramli Naib Presiden PKR selain berkonflik dengan ‘lebai’ PAS.

Sumber juga mendedahkan terdapat  4  orang ADUN PKR telah mengadap Tuanku Sultan Selangor berhubung hasrat mereka beralih arah untuk menyokong kerajaan majoriti yang baru. Dijangka beberapa orang lagi akan berbuat demikian. Walaupun ada desas-desus berkata Azmin dan PKR cuba membeli beberapa orang pemimpin PAS  Selangor untuk melompat ke Parti Amanah Negara (PAN).

Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor. Azmin goyang.

Azmin tiada pilihan selain perlu bertindak segera sebelum kehilangan jawatan Menteri Besar. Berunding atau membubarkan DUN Selangor lebih awal.

Idea pembubaran DUN Selangor lebih awal bukan baru malah sebelum PRU13 Kerajaan Selangor kerajaan dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pernah ada cadangan untuk pilihanraya awal negeri.

Menurut sumber jika kemelut berlarutan Azmin hampir pasti mengambil langkah bubar DUN dalam tempoh terdekat atau bakal hilang segalanya. Kebimbangan Azmin ialah jika Tuanku Sultan Selangor tidak mahu membubarkan sidang Dun Selangor sebagaimana yang berlaku di negeri Perak.

Menurut sumber 4 ADUN PKR yang lompat parti amat yakin kerajaan campuran baru akan terbentuk selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

- malaysiapropagandanews





Demikianlah Artikel 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor

Sekianlah artikel 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/4-adun-pkr-lompat-parti-tubuh-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: