Judul : Tusyen, apa yang diajar disekolah tak cukupkah?
link : Tusyen, apa yang diajar disekolah tak cukupkah?
Tusyen, apa yang diajar disekolah tak cukupkah?
Dulu, saya mula tuisyen ketika umur 12 tahun. Itu pun sebab nak periksa UPSR. Nak bagi tambah lagi ilmu sedia ada.Bila naik tingkatan 1, saya stop sekejap kelas tuisyen tersebut. Alasannya, exam PMR lambat lagi, jadi tak payahlah nak fokus sangat.
Zaman sekarang, rasanya dah lain. Ibu bapa tak tunggu anak-anak berdepan peperiksaan besar baru nak hantar tuisyen. Usia 4, 5 dan 6 tahun sudah ada yang pergi kelas tambahan. Ini bukan cerita bohong. Ini realiti yang berlaku di taman perumahan saya.
Mungkin ada yang terkejut dan mungkin juga tidak. Dengan silibus yang makin mencabar, menghantar anak ke tuisyen dilihat satu keperluan dan wajib dilakukan ibu bapa.
Guru Bahasa Malaysia dan Islamic Studies, Sri KDU International (Primary) School, Kota Damansara, Cikgu Rafizah Ismail, 40, berkata, menghantar anak ke tuisyen pada masa kini, dilihat sebagai keperluan penting buat ibu ayah. Jika tidak dihantar, terasa anak mereka akan ketinggalan banyak dalam akademik.
“Saya melihat tuisyen perlu bagi mereka yang ingin mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu mata pelajaran. Sistem pendidikan di negara kita yang masih berorientasikan peperiksaan (akademik) dan keseimbangan aktiviti kokurikulum juga memerlukan murid untuk mengikuti tuisyen bagi memahami format soalan yang mengalami perubahan atau penambahbaikan.
“Tuisyen atau bimbingan tambahan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tuisyen khusus peperiksaan atau mata pelajaran sekolah; dan tuisyen tidak khusus iaitu ilmu, kemahiran atau aktiviti yang tidak berkaitan dengan peperiksaan atau pelajaran di sekolah.
“Tuisyen yang tidak berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah, diikuti murid seawal pra sekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah seperti kelas mengaji al-Quran, muzik, pengucapan awam dan sebagainya. Aktiviti sebegini adalah baik dan digalakkan bagi yang berkemampuan. Ini boleh membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri, memenuhi keperluan rohaniah dan menjadikan mereka lebih pro aktif,” katanya.
Menurut Cikgu Rafizah, banyak faktor mengapa tuisyen diperlukan untuk pelajar.
Bilangan murid yang agak ramai dalam kelas, memberi kesan kepada pemahaman murid terhadap apa yang diajar. Akibatnya, murid tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dan tertinggal dalam pelajaran. Penyelesaiannya, pergi tuisyen.
“Suasana di sesetengah pusat tuisyen yang lebih selesa, kurang gangguan dan tenaga pengajar yang profesional juga antara faktor yang membuatkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sini.
“Tuisyen di rumah pula membantu seseorang murid belajar dengan lebih mendalam kerana mendapat layanan atau pengajaran secara personal yang lebih berkesan,” katanya.
Kebanyakan sekolah bantuan kerajaan di Malaysia menyediakan kelas tambahan secara percuma atau dengan bayaran yang sangat minima. Ini membantu murid yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bimbingan sewajarnya. Terpulang kepada seseorang murid untuk berusaha dengan lebih gigih demi mencapai kecemerlangan. PIBG juga banyak membantu menyediakan kemudahan yang diperlukan murid mahupun pihak sekolah.
Peringatan kepada ibu bapa pula, mengharapkan kejayaan anak dalam peperiksaan atau akademik khasnya adalah sesuatu yang bagus tetapi mesti mengambil kira keupayaan dan keadaan anak itu sendiri.
“Waktu tuisyen perlu diseimbangkan dan diikuti dalam masa yang munasabah agar ia lebih memberi kesan efisien. Pendidikan sahsiah, ilmu dan kemahiran lain juga perlu ditekankan supaya anak-anak terutamanya yang masih di peringkat sekolah rendah dapat menikmati masa terluang selain belajar di sekolah atau tuisyen. Biarkan anak-anak untuk meneroka dan mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari dengan lebih kreatif,” ujar beliau.
Sumber: GPS Bestari
Demikianlah Artikel Tusyen, apa yang diajar disekolah tak cukupkah?
Sekianlah artikel Tusyen, apa yang diajar disekolah tak cukupkah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tusyen, apa yang diajar disekolah tak cukupkah? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/tusyen-apa-yang-diajar-disekolah-tak.html