Judul : Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya
link : Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya
Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya
Dalam ceramah beliau di Kota Bharu, Kelantan du hari lepas, Tun Dr Mahathir mempertikaikan perkahwinan anak Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dengan berbelanja mewah. Katanya, "jadi PM gaji tak banyak bukan boleh kaya," disambut gelak ketawa penonton yang hadir. Saya menangis teresak-esak mendengar pengakuan Mantan Perdana Menteri 22 tahun ini yang hidup tidak kaya.
Saya yakin dan percaya, laporan-laporan di bawah tentang harta dan kekayaan Tun Dr Mahathir adalah fitnah dan adu domba yang direka cipta oleh cytro Barisan Nasional (BN) untuk memburukkan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya ini.
1. Tun Dr Mahathir dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 40 ekor kuda. Sumber baca di sini.
2. Tun Dr Mahathir dikatakan pemilik kedua terbesar The Palace of Golden Horses, rangkaian perhotelan mewah.
3. Anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mokhzani Mahathir, merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia. Semuanya berkat tunjuk ajar Tun Dr Mahathir menabung dari kecil dan beliau berjaya di dalam perniagaan beliau tanpa pertolongan bapa beliau.
4. Tun juga dikatakan pemilik syarikat kapal terbang sendiri.
5. Lebih memilukan apabila Tun Dr Mahathir dan keluarga difitnah memiliki 488 syarikat.
Ini semua fitnah akhir zaman. Mana mungkin anak seorang Pengetua sekolah menengah di Alor Setar dan menantu seorang Penghulu mampu memiliki kekayaan sehingga ke beberapa generasi? Betullah kata Tun Dr Mahathir bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling miskin.
Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya
Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Kata Dia Perdana Menteri Paling Miskin, Ini Buktinya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/tun-dr-mahathir-kata-dia-perdana.html