TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN

TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN
link : TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN

Baca juga


TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN


H5N1


Putrajaya - Tiada lokasi baharu disahkan positif virus selsema burung (H5N1) di Kelantan semalam, kata Jabatan Perhidmatan Veterinar.

Setakat ini, keadaannya terkawal dan terhad kepada kawasan dijangkiti yang melibatkan ayam kampung para penternak kecil-kecilan sahaja, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu mengawal wabak berkenaan dalam radius 30 kilometer dari Kampung Pulau Tebu yang melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok di Kelantan.

Sehingga semalam, sebanyak 34,520 ekor ternakan unggas dan 13,969 biji telur telah dilupuskan di negeri itu dalam usaha membendung wabak H5N1 daripada merebak.

Sejumlah 3,262 sampel juga diambil daripada 552 pemilik premis sehingga semalam.

Menurut jabatan itu sebanyak 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan yang melibatkan 43 premis iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (tiga), Tanah Merah (satu), Bachok (satu) dan Pasir Puteh (tiga).

Sekatan jalan raya turut dilakukan di empat lokasi strategik yang dirahsiakan sebagai kawalan pergerakan unggas dari Kelantan bagi memastikan keberkesanan kawalan.

"Negeri-negeri lain kekal bebas dan berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi, selain melakukan pemantauan aktif serta kawalan pergerakan unggas di jalan masuk ke negeri masing-masing," kata jabatan itu.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri susulan kematian ayam kampung akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu pada 6 Mac lepas.




Demikianlah Artikel TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN

Sekianlah artikel TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TIADA LOKASI BAHARU SAH POSITIF H5N1 DI KELANTAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/tiada-lokasi-baharu-sah-positif-h5n1-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :