TIADA HAD ASALKAN IKHLAS

TIADA HAD ASALKAN IKHLAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIADA HAD ASALKAN IKHLAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIADA HAD ASALKAN IKHLAS
link : TIADA HAD ASALKAN IKHLAS

Baca juga


TIADA HAD ASALKAN IKHLAS


Tiada had asalkan ikhlas


Seremban - Tiada jumlah ditetapkan untuk barangan yang mahu disumbangkan menerusi program Jom Infaq Barang Dapur, asalkan pemberinya ikhlas.

Pengerusi Masjid Arraudah Taman Rasa Sayang berkata, program amal itu dijalankan sejak sebulan lalu.

Menurutnya, inisiatif itu diambil bagi memberi pilihan kepada masyarakat untuk menghulurkan sumbangan selain daripada memberi wang tunai.

“Walaupun hanya sepeket gula atau sebotol kicap, asalkan ia adalah pemberian ikhlas dari si penyumbang pihak masjid tiada masalah untuk menerimanya.

“Di hadapan pintu masjid kita sediakan satu tempat dan sesiapa sahaja berniat nak menyumbang apa sahaja bentuk barangan dapur atau barangan keperluan lain boleh letakkan di situ pada bila-bila masa,” katanya, di sini semalam.

Menurutnya, barangan itu akan dikumpulkan sebelum diagihkan kepada keluarga kurang bernasib baik berdasarkan senarai nama diberikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) menerusi program turun padang diadakan.

Zulkifli berkata, dengan cara itu, ia dapat memastikan sumbangan tersebut sampai kepada golongan sasaran.

“Biasanya setiap minggu tujuh atau lapan keluarga kita ziarah dan sampaikan sumbangan itu dan ia akan dibuat secara sistem giliran bagi memastikan tiada terlepas pandang.

“Ketika sesi turun padang itulah kami dapat menyelami kehidupan setiap penerima dan pada masa sama, kami akan ambil gambar sebagai bukti bahawa sumbangan orang ramai itu telah pun diagihkan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Rasa Sayang berkata, sejak sebulan program itu dijalankan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat termasuk pengusaha kedai runcit.

Sehubungan itu beliau membuka peluang kepada sesiapa sahaja termasuk syarikat swasta untuk menghulurkan sumbangan berbentuk barangan.

“Kita nak dorong masyarakat membantu mengikut keperluan masing-masing supaya setiap orang ada sikap prihatin terhadap satu sama lain.

“Mungkin kadang-kadang ada teringin nak bantu, tapi tiada sumber kewangan mencukupi. Menerusi program ini, kita nak sediakan ruang orang untuk bersedekah dan paling penting sistem agihannya terus kepada penerima,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu juga diambil bagi menyahut saranan kerajaan negeri yang mahu institusi masjid berperanan sebagai ‘mini baitulmal’.




Demikianlah Artikel TIADA HAD ASALKAN IKHLAS

Sekianlah artikel TIADA HAD ASALKAN IKHLAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TIADA HAD ASALKAN IKHLAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/tiada-had-asalkan-ikhlas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :