Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin

Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin
link : Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin

Baca juga


Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin

FMT | March 14, 2017
Presiden PPBM berkata sukar hendak membuat keputusan dan pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana format akhir akan dibentangkan.
muhyiddin-tuan
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum membuat keputusan muktamad untuk menyokong cadangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden PPBM itu berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang beliau menyokong cadangan dikenali sebagai RUU 355 itu tidak tepat.
Sebaliknya, Muhyiddin berkata parti itu masih menunggu sehingga ia dibentangkan di Parlimen terlebih dulu sebelum membuat keputusan.

“Usul RUU 355 tidak begitu jelas tak boleh buat apa-apa keputusan, kenyataan Tuan Ibrahim tidak berapa tepat, kita nak lihat keadaan dulu, tapi sesetengah andaian kita dah setuju.
“Macam mana nak setuju kalau tak jelas, kalau ikut cadangan ahli Parlimen Marang (Hadi) ada beberapa perkara pokok yang dibentangkan.

“Soal pokoknya ialah apakah kerajaan akan bawa atau Hadi sendiri bawa, susah nak buat keputusan muktamad, kita tunggu dan lihat bagaimana format akhir akan dibentangkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan Tuan Ibrahim berkata Muhyiddin menyokong cadangan pindaan RUU 355 itu.

Katanya, Muhyiddin dalam satu mesyuarat bersama PAS menyatakan akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU 355.
RUU 355 yang dibawa presiden PAS itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan ia dijadualkan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ia dibaca kali kedua di Dewan Rakyat tahun lalu, tetapi Hadi menangguhkannya dan berkata beliau mahu memastikan masyarakat faham yang pindaan itu tidak terpakai kepada bukan Islam.

RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, termasuk hukuman penjara kepada 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Pada masa ini, hukuman jenayah syariah terhad maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan


Demikianlah Artikel Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin

Sekianlah artikel Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sokong RUU 355: Kenyataan Tuan Ibrahim kurang tepat, kata Muhyiddin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/sokong-ruu-355-kenyataan-tuan-ibrahim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :