Judul : Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion?
link : Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion?
Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion?
Agak mengejutkan statistik yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat hari ini apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TS Noh Omar, menyatakan bahawa terdapat 377 notis yang dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) disebabkan sewaan bulanan yang tertunggak. Jumlah ini bukannya sedikit malah mencecah sehingga RM1.9 billion.
Jumlah ini kalau dilihat sekali imbas memang tidak masuk akal. Kalau dilihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, Perumahan Awam DBKL misalnya hanya mengenakan jumlah sewaan sebanyak RM124 sebulan. Mana hendak dapat jumlah sewaan RM124 di bandar Kuala Lumpur?
Bukan itu sahaja, malah kos pembaikan ditanggung oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor juga menjanjikan dan menyediakan Pengangkutan Bas Percuma kepada penduduk PPR. Namun, mengapa masih ada kes-kes tunggakan seperti ini? Kenapa masih ada penduduk PPR yang masih kufur nikmat dan tidak tahu bersyukur?
Graf insiden kemiskinan semakin menurun setiap tahun sehinggakan kini di bawah 1%. Kita tidak menafikan ada golongan yang tidak bernasib baik di mana dari paras miskin jatuh ke paras miskin tegar. Ini kebiasaannya disebabkan oleh malapetaka dan bencana. Yang ini perlu dikenalpasti dan dibantu.
Namun kita tidak mahu golongan anti Kerajaan yang kufur nikmat berselindung di sebalik topeng kemiskinan dan menyalah gunakan kemudahan yang diberikan. Mana tidaknya, jumlah 'prepaid' untuk internet yang digunakan untuk mengutuk Kerajaan di laman-laman sosial kadang kala lebih daripada jumlah sewaan bulanan sebanyak RM124.
Demikianlah Artikel Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion?
Sekianlah artikel Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sewa Bulanan RM124 Sebulan, Namun Kenapa Sewaan Tertunggak Bagi Penduduk PPR Mencecah RM1.9 Billion? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/sewa-bulanan-rm124-sebulan-namun-kenapa.html