PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK

PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK
link : PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK

Baca juga


PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK


Mohamad Noordin Awang


Kota Bharu – Persatuan Pengguna Kelantan Darul Naim menyambut baik saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan yang mahu badan itu menjadi perantara kepada masyarakat melibatkan isu di bawah seliaan kementerian itu.

Presidennya, Datuk Mohamad Noordin Awang berkata, malah persatuan turut memberi jaminan untuk sentiasa bekerjasama dan menyokong setiap gerak kerja yang dilaksanakan pihak kementerian, khususnya di Kelantan dan di Malaysia amnya.

“Kita melihat kerjasama ini dengan skala yang lebih besar selepas ini.

"Insya-ALLAH dengan kepercayaan yang diberikan pihak kementerian, kita akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin, sekali gus membantu kementerian memberi pemahaman yang lebih baik kepada masyarakat mengenai hak dan peraturan kepenggunaan,” katanya.

Terdahulu, Noordin bersama lebih 30 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil persatuan dibeberapa daerah di sini hadir majlis temu mata dengan Pengarah KPDNKK, Datuk Ab Ghani Harun di sini, semalam.

Melalui majlis temu mata itu, banyak input dan maklumat dikongsi terutamanya isu semasa melibatkan kementerian tersebut, termasuklah melahirkan beberapa idea yang baik untuk kerjasama antara kedua-dua pihak masa akan datang.

Menurutnya, persatuan juga berharap agar pihak kementerian memberi tunjuk ajar dan maklumat yang jelas bagi persediaan berdepan dengan masyarakat selepas ini.

Beliau juga memberitahu, malah persatuan bersedia mental dan fizikal untuk bekerjasama dengan pihak kementerian bagi merealisasikan sesebuah program, terutamanya untuk turun padang bertemu rakyat.

“Kami bersedia dan akan menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan bagi memastikan niat murni kami untuk menjadi perantara dapat dilaksanakan dengan baik.

“Banyak isu yang perlu diketengahkan, namun mungkin orang ramai masih tidak tahu bagaimana mereka boleh bersuara. Oleh sebab itu kami mahu bantu, dengar masalah rakyat dan majukan kepada pihak berkuasa dan kementerian,” katanya.




Demikianlah Artikel PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK

Sekianlah artikel PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERSATUAN PENGGUNA SAMBUT BAIK SARANAN KPDNKK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/persatuan-pengguna-sambut-baik-saranan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :