Judul : [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri
link : [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri
[PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri
Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.
"Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.
Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.
Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.
Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.
Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.
-- BERNAMA
Demikianlah Artikel [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri
Sekianlah artikel [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/perhimpunan-haram-polis-tiada.html