Judul : Pelajar belasah rakan, tumbuk muka cikgu
link : Pelajar belasah rakan, tumbuk muka cikgu
Pelajar belasah rakan, tumbuk muka cikgu
Gambar hiasan |
Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 9.35 pagi ketika salah seorang rakan sekelas pelajar tersebut menumpahkan air ke atas meja suspek ketika kelas pendidikan seni sehingga mendatangkan kemarahannya.
‘‘Berlaku pergaduhan antara dua pelajar itu menyebabkan guru wanita serta beberapa rakan lain bertindak meleraikannya. Namun suspek dipercayai sempat mencapai kepingan kaca tingkap nako dan melibasnya menyebabkan dua pelajar yang cuba menyabarkannya tercedera di leher dan tangan kiri.
‘‘Kepingan kaca yang pecah kemudiannya turut mendatangkan kecederaan di dagu salah seorang pelajar lain. Akibat daripada keadaan itu, seorang guru lelaki bertindak membawa kesemua pelajar tersebut ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan guru bertugas,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, ekoran kejadian itu, guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdullah Arshad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Utusan Online
Demikianlah Artikel Pelajar belasah rakan, tumbuk muka cikgu
Sekianlah artikel Pelajar belasah rakan, tumbuk muka cikgu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar belasah rakan, tumbuk muka cikgu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/pelajar-belasah-rakan-tumbuk-muka-cikgu.html