Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin

Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin
link : Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin

Baca juga


Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin



Berikut adalah posting terbaru Pegawai Khas DS Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin:
ADUN Damansara Utama telah menuduh saya berbohong dan mendakwa kononnya Betty Chew telah menolak tawaran dari PCCCC sebaik saja dimaklum hal itu. Sila rujuk lampiran ‘screenshot’ di bawah di mana nama Betty Chew telah pun tersenarai sebagai ahli di dalam komiti pengurusan dan pembangunan hartanah PCCC. Selepas seminggu dikritik, barulah dimaklumkan yang beliau telah menolak tawaran berkenaan.
Malah, dalam laporan yang disiarkan pada 14 Jan 2015 oleh edisi versi cetak Sin Chew (seperti yang dilampirkan), Datuk Choong Khuat Seng , pengerusi komiti itu telah mengesahkan bahawa Betty pada mulanya bersetuju untuk menerima tawaran jawatan itu.
"Datuk Choong berkata, semasa majlis makan Dewan beliau telah mempelawa Betty Chew untuk menyertai biro dan Betty bersetuju."
Juga telah dilaporkan di Malaysiakini : http://ift.tt/1AL02NQ
"When contacted, PCCC property development, construction and management committee convenor Finn Choong Khuat Seng claimed Chew agreed to join the committee when she was approached by the PCCC."
Berdasarkan laporan-laporan media di atas, ia menunjukkan Betty telah bersetuju dengan tawaran jawatan itu dan hanya menolak selepas dikritik hebat . Ia sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Yeo yang kononnya Betty Chew telah menolak tawaran jawatan itu dengan segera sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya.
Saya mahu Yeo membuat permohonan maaf atas tuduhan beliau yang mengatakan saya berbohong atau tindakan undang-undang akan diambil.
Yeo seperti tidak memahami peranan panel PCCC itu yang bertujuan membantu memudahkan urusan perniagaan khususnya peniaga-peniaga dari Pulau Pinang dalam bidang pembangunan hartanah . Hal ini jelas menunjukkan ‘conflict of interest’ kerana suami beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap EXCO tanah dalam negeri itu yang memainkan peranan penting meluluskan isu dan hal berkaitan tanah di negeri itu.
Saya berasa pelik bagaimana Yeo boleh membandingkan hal berkaitan peranan komiti PCCC yang membantu peniaga-peniaga dalam urusan perniagaan mereka dan peranan Datin Seri Rosmah sebagai penaung bagi PERMATA yang memberi pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak? Sekali lagi saya minta Yeo untuk faham apa maksud ‘penaung’ itu sendiri.
Selain itu, saya juga mendapati Yeo langsung tidak menyentuh mengenai pendedahan berkaitan syarikat Excel Property. Saya masih menunggu komen Yeo untuk persoalan berikut ;
Adakah Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang? Syarikat Excel Property ini menyatakan bahawa "nature of business" adalah "Property management and consultancy services".
Bukankah jelas ada 'conflict of interest' di situ di mana Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah? Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti DAP, YB lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini?
Komen daripada ADUN Damansara Utama amat kami nantikan.


Demikianlah Artikel Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin

Sekianlah artikel Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Khas DS Rosmah Mansor Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap @yeobeeyin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/pegawai-khas-ds-rosmah-mansor-akan.html

Subscribe to receive free email updates: