Judul : Pegawai daripada PPD, mohon jaga adab dengan guru...
link : Pegawai daripada PPD, mohon jaga adab dengan guru...
Pegawai daripada PPD, mohon jaga adab dengan guru...
Gambar hiasan |
SAUDARA PENGARANG,
PADA 28 Februari lalu, saya telah menghadiri satu bengkel HIP (Highly Immerse Programme) yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.
Seramai tiga orang wakil dari setiap sekolah telah hadir ke bengkel tersebut iaitu guru besar, guru bahasa Inggeris dan saya mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Dalam bengkel tersebut, kami telah didedahkan tentang program yang diharapkan dapat memberi impak kepada pelajar. Penerangan yang diberikan amat jelas dan mudah difahami.
Namun, agak mendukacitakan semasa di akhir bengkel tersebut seorang pegawai wanita dari Pejabat Pelajaran Daerah Tampin telah tampil ke hadapan dan menggunakan nada suara yang amat tinggi memarahi guru-guru yang hadir termasuk guru besar.
Punca beliau berbuat demikian tidaklah saya ketahui kerana saya tidak memahami punca beliau bertindak sedemikian.
Diharapkan mana-mana pihak sekalipun berhati-hatilah dalam membuat teguran janganlah sampai menjatuhkan maruah guru kerana dalam kes ini terdapat pihak luar semasa bengkel tersebut dijalankan.
Sekiranya ada kesalahan pada pihak mereka, tegurlah pada masa, tempat dan cara yang sesuai. Janganlah nanti guru-guru ini menjadi ejekan atau sindiran pihak ibu bapa pula.
CUCU TOK WAN
Tampin, Negeri Sembilan
Sumber: Utusan Online
Demikianlah Artikel Pegawai daripada PPD, mohon jaga adab dengan guru...
Sekianlah artikel Pegawai daripada PPD, mohon jaga adab dengan guru... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai daripada PPD, mohon jaga adab dengan guru... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/pegawai-daripada-ppd-mohon-jaga-adab.html