Judul : PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT
link : PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT
PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT
RUU355 BUKAN CERITA BARU, IA CERITA LAMA
POKOKNYA BERAPA LMA LAGI IA AKAN DILAYAN ?
MASALAH AGAMA ADALAH MASALAH
PENGANUTNYA, TAPI MENGAPA ORANG KAFIR
PERLU MASUK CAMUR ?
ORANG KAFIR MAHU CARI PASAL ?
ATAU
ORANG ISLAM SUDAH TAKU DENGAN ORANG KAFIR ?
SEHINGGA MEREKA SUDAH TERPAKSA AKUR
DAN TUNDUK KEHENDAK MEREKA ?
YAN DIAMANAHKAN MENJAGA AGAMA ISLAM
BELUM KITA DENGAR SUARA MEREKA
KITA TIDAK TAHU MEREKA SUKA ATAU TIDAK DENGAN PENINGKATAN MARUAH
RANG
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MARTABATKAN
ATAU MEREKA MENGANGGAP ISLAM MEMANG TIDAK LAGI SESUAI DIANUTI ?
ATAU
MEMANG MEREKA NAK JADIKAN ISLAM SUPAYA MENJADI PUSAKAN LAPOK?
-Pak Karamu-
RUU355: Tiada istilah patah semangat buat Pas
SHAH ALAM - Pas tidak rugi sekiranya kerajaan tidak membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen.
Ini kerana menurut Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, RUU 355 adalah agenda Islam dan bukannya isu politik semata-mata.
"Ada yang tuduh Pas dipermaikan oleh Umno. Kepada Pas, tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun Pas akan sokong.
"Ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Kalau fikir keuntungan politik daripada awal, Pas tidak akan memperjuangkan perkara ini. Ahli Pas diajar berpolitik untuk bekalan akhirat, bukan sahaja di dunia. Inilah motivasi kami," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tidak patah semangat, katanya lagi, pihaknya akan kekal memperjuangkan RUU355 dan syariat Islam hingga kiamat.
"Jangan haraplah Pas hendak berundur daripada memperkatakan mengenai Islam. Rakyat boleh menilai sikap Pas tidak pernah berubah sejak daripada dulu. Bukan perkara baru berbagai pihak meminta Pas buang sahaja agenda Islam jika mahu maju dalam politik.
"Perjuangan Pas tidak relevan di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Pas menjawab dengan amalan dan terus istiqamah dengan agenda Islam," katanya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.
Katanya ini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak akan bentang RUU 355]
"Rakyat boleh menilai itulah kualiti pemimpin Umno mengenai perjuangan mereka untuk memartabatkan Islam di negara ini.
"Hampir 60 tahun merdeka mereka gagal mendidik rakan-rakan mereka untuk memahami Islam dan menghormati hak orang Islam. Rakyat juga boleh menilai inilah Pas, bukan ia hirau apa yang manusia hendak kata," ujar Idris lagi.
Demikianlah Artikel PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT
Sekianlah artikel PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/pas-tiada-patah-semangat-tapi-ahli-pas.html