PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI

PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI
link : PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI

Baca juga


PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI

Kerusi Pas diagih antara Bersatu, Amanah?
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
 
ALOR SETAR - Bersatu dan Pakatan Harapan bersedia gempur dan tawan Kedah pada PRU14, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu BN Kedah kekalkan kuasa pemerintahan, kerana Kedah diibaratkan ‘jantung hati Umno’.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keempat-empat parti itu kini sudah mewujudkan jawatankuasa kecil untuk berdepan BN, agar kesepaduan dapat dibina lebih awal.
“Pertama kali saya dengar Umno anggap Kedah sebagai jantung hati, manakala Jerlun pula dikatakan ‘jantung dalam jantung’. 
 
Tidak mengapa, kami bersedia pada bila-bila masa,”katanya.Ditanya sama ada agihan kerusi antara empat parti sudah mula dibincangkan secara rasmi, susulan Pas kini dianggap bukan lagi sebahagian daripada pakatan itu, selepas Bersatu diterima sebagai anggota baharu, Mukhriz berkata, perkara itu belum dibincang secara terperinci.
  “Soal agihan kerusi memang ada sentuh sepintas lalu, namun keputusan akhir diputuskan di peringkat nasional, kita di peringkat negeri akan syorkan. Kami akan bincang terlebih dahulu sebelum sepakat serahkan syor itu untuk pertimbangan,” katanya.

Mengulas sama ada kouta kerusi Pas yang diperuntukkan pada PRU13 lalu, diagihkan antara Bersatu dan Amanah atau kemungkinan dilakukan rombakan kerusi besar-besaran, Mukhriz berkata, perkara itu tidak akan dirundingkan secara terbuka.

“Sampai masa akan umum, tunggu dan lihat kaedah yang akan kami gunakan nanti,” katanya.
Mukhriz berkata, walaupun kelibat pemimpin Umno Pusat dikatakan kerap bertandang ke Kedah, namun ia bukan suatu ancaman.

“Mungkin pemimpin Umno akan lebih kerap turun padang selepas ini, kami bersedia malah gerak kerja sebagai satu pasukan sudah digerakkan, bukan lagi sebagai parti berasingan. Kedah pernah jatuh ke parti lawan, tidak mustahil ia berulang lagi.” katanya.

Menurutnya, ini menunjukkan Kedah sebuah negeri yang penting untuk BN kuasai, sehingga negeri itu diletakkan sebagai sasaran awal.

Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, Bersatu, PKR, DAP dan Amanah kini berkongsi aspirasi sama untuk menggantikan kerajaan BN, sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri.

“Kami bekerja sebagai satu pasukan, penerimaan rakyat juga dilihat bertambah baik berbanding PRU13 lalu,” katanya.



Demikianlah Artikel PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI

Sekianlah artikel PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS JANGAN MASUK CMPOR AGIHAN KERUSI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/pas-jangan-masuk-cmpor-agihan-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: