Judul : Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia dikaitkan dengan Korea Utara
link : Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia dikaitkan dengan Korea Utara
Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia dikaitkan dengan Korea Utara
MCA mahu buka semula kes kehilangan 4 wanita itu hampir 40 tahun lalu, dipercayai mungkin dibawa ke Korea Utara.
PETALING JAYA: MCA mahu 4 wanita Malaysia yang hilang dan dipercayai berada di Korea Utara ditemukan semula, ketika hubungan diplomatik kedua-dua negara semakin meruncing susulan keputusan menahan rakyat masing-masing.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata 4 wanita dan seorang lagi wanita Singapura merupakan gadis pelayan (social escort) yang bekerja di atas sebuah kapal, dan terakhir ditemui pada Ogos 1978, sebelum kapal itu berlayar.
Mereka ialah Yeng Yoke Fun, 22, Yap Me Leng, 22, Seetoh Tai Thim, 19 and Margaret Ong Guat Choo, 19, manakala warga Singapura ialah Diana Ng Kum Yim, 24.
Pada 2005, keluarga kesemua wanita Malaysia itu pernah memohon bantuan Biro Pengaduan Awam MCA di bawah Datuk Seri Michael Chong.
Menurut Sin Woon, salah seorang daripada mereka, Yoke Fun, pernah ditemui seorang bekas tentera Amerika Syarikat yang berpaling tadah, Charles Robert Jenkins, bekerja di sebuah taman hiburan di Pyongyang pada sekitar 1980-1981.
Menurutnya lagi, Jenkins mengenal pasti Yoke Fun sebagai Ying Tai melalui tahi lalat di sebelah mata kirinya, malah memberikan nama sebenar Yoke Fun, Ying Tai, yang disahkan keluarganya.
Sukuukai, sebuah laman berbahasa Jepun yang melaporkan apa yang didakwanya penculikan rakyat Jepun di Korea Utara, turut menyenaraikan kelima-lima wanita itu.
Laman itu mendakwa rakyat dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Lubnan, Jordan, Romania, Belanda dan Perancis juga dilaporkan hilang di Korea Utara, dan hampir kesemuanya berlaku pada lewat 1970-an.
Kes membabitkan wanita Malaysia itu mendapat perhatian di sebalik hubungan Malaysia-Korea Utara yang mula tegang sejak kedua-dua negara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973.
Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita pada 13 Feb, dipercayai oleh pembunuh upahan Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.
Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan minggu ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.
Seramai 11 rakyat Malaysia disahkan kini dilarang keluar Korea Utara.
Demikianlah Artikel Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia dikaitkan dengan Korea Utara
Sekianlah artikel Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia dikaitkan dengan Korea Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Misteri kehilangan 4 wanita Malaysia dikaitkan dengan Korea Utara dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/misteri-kehilangan-4-wanita-malaysia.html