MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT

MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT
link : MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT

Baca juga


MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT



Membudayakan kembali seni silat


Kuala Terengganu - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 juta bagi pembinaan gelanggang silat di 32 Dun di negeri ini, dalam usaha membudayakan kembali seni silat di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap Dun akan diperuntukkan RM50,000 bagi pembinaan gelanggang dan peralatan silat manakala Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) negeri akan memantau, di samping merekabentuk pelan gelanggang dan pelaksanaannya.

Menurutnya, selain membudayakan kembali dan mempertahankan seni silat, ia juga akan menjadi salah satu keunikan dan tarikan pelancong ke negeri ini.

“Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri memberi komitmen untuk membantu memastikan seni silat terus dipertahankan. Sebab itu saya meluluskan pembinaan ‘Gelanggang Silat TTB’ ini.

“Bagi merealisasikannya, Pesaka akan merekabentuk dan melihat keperluan alat yang diperlukan. Pesaka akan menguruskan dan memantau pelaksanaannya di setiap Dun mengikut tatacara kerana kita nak selaraskannya.

“Kita nak gelanggang silat ini aktif dan silat menjadi aktiviti riadah bagi anak-anak muda kita. Sekarang ini mereka cenderung pergi gim, kenapa tidak pergi sahaja gelanggang silat, ikut cara lama tetapi dimensi baru. Pada masa yang sama, kita boleh kurangkan risiko obesiti dengan aktiviti sihat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Gendang Silat 2017 peringkat negeri dan Majlis Penutup Pesta Pantai 2017 yang berlangsung di Pantai Batu Burok di sini, kelmarin.

Ahmad Razif menambah, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina satu lagi kompleks sukan yang dilengkapi dengan asrama, lapang sasar dan pejabat Majlis Sukan Negeri (MSN) manakala gelanggang silat yang menjadi pejabat MSN buat masa ini, akan diserahkan kembali kepada Pesaka.

Sementara itu, Yang Dipertua Pesaka Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya berterima kasih kepada menteri besar dan kerajaan negeri yang begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam mengekalkan silat yang menjadi seni warisan budaya Melayu itu.

Sehingga kini, terdapat 30 gelanggang silat yang berdaftar di seluruh Terengganu manakala ahli Pesaka negeri hampir 8,000 orang.




Demikianlah Artikel MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT

Sekianlah artikel MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MEMBUDAYAKAN KEMBALI SENI SILAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/membudayakan-kembali-seni-silat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :