MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN

MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN
link : MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN

Baca juga


MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN


Mat Cop impi jumpa Mat Dan


Kuala Ketil - Lelaki England yang memeluk Islam dan menetap hampir enam bulan lalu di sini mengimpikan pertemuan bersama selebriti tanah air, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan.

Muhammad Yusuf Abdul Qarim, 26, berkata, perasaannya teruja setiap kali menonton aksi Mat Dan berkomunikasi dalam loghat Terengganu di YouTube.

Menurutnya, lebih daripada itu, Muhammad Yusof yang selesa digelar sebagai Mat Cop mahu mengenali selebriti itu dengan lebih mendalam.

"Pertemuan bersama Mat Dan diharap menjadi realiti kerana banyak perkara yang saya ingin tahu daripadanya. Mat Dan seorang lelaki England beragama Islam sama seperti saya, tetapi kejayaannya luar biasa.

"Kebolehannya bercakap dalam loghat Terengganu membakar semangat saya untuk berkomunikasi dalam loghat Kedah dengan baik suatu hari nanti," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, idolanya itu mahu dijadikan aspirasi dan pemangkin semangat untuk terus mendalami ilmu agama.

Katanya, ada ketika hidupnya bagaikan tiada hala tuju selepas hanya mengharapkan bantuan masyarakat sekitar.




"Selama tinggal di sini, adakalanya semangat diri hilang kerana begitu merindui keluarga. Tambahan pula datuk saya meninggal dunia Januari lalu.

"Dengan ketiadaan wang saya bukan sahaja tidak mampu membeli tiket penerbangan untuk ziarah keluarga di England, tetapi terpaksa meminjam wang untuk beli makan dan minum,"katanya.

Mat Cop berkata, pertemuan bersama Mat Dan diyakini dapat menyuntik serta membantunya mengenal Islam dengan lebih baik.

"Mat Dan bukan sekadar artis, tetapi beliau adalah seorang muslim yang baik. Diharap niat bertemu dengannya menjadi realiti,"katanya.

Sementara itu, penjaganya, Mohd Zukhi Ghazali berkata, moral hidup Mat Cop semakin pudar akibat mengalami tekanan perasaan sehingga menjejaskan pengajiannya.

Menurutnya, lelaki Eropah itu pernah diberikan kaunseling namun tidak membuahkan hasil.

"Mat Cop tertekan selepas datuknya meninggal dunia, namun selepas mengenali Mat Dan di YouTube dia nampak sedikit ceria. Lebih dikesali apabila rakannya di England berjanji membantunya menaja tiket penerbangan pulang, tetapi akhirnya mendiamkan diri," katanya.

Mohd Zukhi berkata, kewangan Mat Cop kini dibantu menerusi perniagaan air mineral Key Seven yang diusahakan beberapa bulan lalu.

"Keuntungan air mineral Key Seven digunakan untuk tampung makan minumnya di sini. Namun, dalam masa sama saya berharap ada sumbangan dari luar untuk bantu kehidupan saudara baru kita," katanya.




Demikianlah Artikel MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN

Sekianlah artikel MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAT COP IMPI JUMPA MAT DAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/mat-cop-impi-jumpa-mat-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :