Judul : MASIH BELUM SELESAI
link : MASIH BELUM SELESAI
MASIH BELUM SELESAI
KL, Pyongyang bincang beberapa hari lagi
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman (tengah) bersama sebahagian anggota keluarga rakyat Malaysia yang bermastautin di Korea Utara bertempat di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IFDR), hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Korea Utara dalam beberapa hari lagi dalam usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pada masa ini kementeriannya mengadakan perbincangan di peringkat dalaman dengan pihak yang berkaitan termasuk polis dan Kementerian Kesihatan sebagai persediaan untuk perbincangan itu.
Selasa lepas, Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. Pada mulanya sebelas rakyat Malaysia yang terlibat namun dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu, dibenarkan meninggalkan negara itu dan kini berada di Beijing.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Situasi tegang tapi tidaklah sampai perang']
"Kita hendak kaji dengan mendalam apa yang akan kita bincangkan sebelum pertemuan rasmi itu...perlu lihat dari segi undang-undang, perikemanusiaan, dan keselamatan.
"Kita akan mengambil kira semua ini untuk pertimbangan," kata Anifah kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang terlibat di sini hari ini.
Anifah berkata, venue pertemuan dengan pihak Korea Utara itu masih belum ditentukan.
Anifah berkata, Malaysia tidak memerlukan penglibatan pihak ketiga dalam menyelesaikan konflik dengan Korea Utara walaupun telah menerima banyak tawaran.
Beliau berkata, menteri-menteri luar beberapa buah negara telah menghubunginya terus manakala yang lain menyuruh para pegawai mereka menghubungi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim untuk menawarkan bantuan mereka.
"Kita masih ada hubungan diplomatik (dengan Korea Utara), kita tidak memerlukan pihak ketiga walaupun ada banyak tawaran," kata menteri luar itu.
Beliau menjelaskan pada masa ini kerajaan Malaysia masih dapat berhubung terus dengan kerajaan Korea Utara melalui kedutaan mereka di Kuala Lumpur.
Anifah berkata, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara akan diteruskan jika sembilan rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan negara itu, dapat pulang ke tanah air dengan cepat dan selamat. - Bernama - Bernama
Demikianlah Artikel MASIH BELUM SELESAI
Sekianlah artikel MASIH BELUM SELESAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MASIH BELUM SELESAI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/masih-belum-selesai.html