[MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL

[MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL
link : [MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL

Baca juga


[MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL


Tawaran buat wanita, ibu tunggal


Pejabat Parlimen Maran dan Umno bahagian itu menawarkan peluang perniagaan kepada wanita serta ibu tunggal di daerah ini untuk menyediakan kira-kira 3,000 balang kuih raya.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan disertakan harga yang berpatutan.

“Jika ramai yang membuat tawaran itu, kita akan agihkan sama rata kepada mereka yang layak supaya sama-sama dapat keuntungan.

“Jika boleh biarlah kuih tu tahan lama tiga atau empat bulan, mahal sikit pun tak apa asalkan berkualiti,” katanya.

Menurutnya, pada setiap hari raya, Pejabat Parlimen Maran memerlukan kira-kira 5,000 balang kuih raya pelbagai jenis untuk disumbangkan kepada orang ramai.

“Tahun ini peluang itu mahu diutamakan kepada wanita, terutama ibu tunggal untuk menyediakannya supaya secara langsung dapat membantu mereka berniaga.

“Saya boleh berikan peluang ini kepada syarikat pembuat kuih besar untuk menyediakannya, tetapi kali ini kita berikan kepada wanita dan ibu tunggal tempatan.

“Kalau baik, enak, berkualiti serta tahan lama, tiap-tiap tahun kita minta wanita buat projek kuih dan lain-lain termasuk jamuan hari raya,” katanya.

Ismail berkata, banyak program terutamanya membabitkan jamuan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Maran dan Umno diserahkan kepada pengusaha katering tempatan dan berharap lebih ramai wanita serta ibu tunggal dapat menyertai bidang tersebut untuk menambah pendapatan.

Ismail memberi jaminan akan terus memberikan sokongan serta bantuan kepada mana mana pertubuhan wanita, ibu tunggal yang hendak menjalankan projek ekonomi dan sebagainya bagi menambah pendapatan.

Sehubungan itu beliau menggesa ibu tunggal berdaftar dengan Pertubuhan Ibu Tunggal bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan.




Demikianlah Artikel [MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL

Sekianlah artikel [MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MARAN] TAWARAN BUAT WANITA, IBU TUNGGAL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/maran-tawaran-buat-wanita-ibu-tunggal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :