MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM?

MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM?
link : MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM?

Baca juga


MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM?


Main hujan sebabkan demam?


Benarkah jika terkena air hujan ia akan menyebabkan kita demam?

Semestinya wujud hubung kait antara cuaca sejuk dengan demam, tetapi bukanlah secara langsung.

Dari segi asasnya, seseorang itu perlu dijangkiti kuman terlebih dahulu sebelum menunjukkan gejala sesuatu penyakit.

Demam adalah keadaan peningkatan suhu badan daripada suhu normal 36 atau 37 darjah Celsius.

Peningkatan suhu badan adalah salah satu daripada cara sistem pertahanan badan menentang jangkitan kuman.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu seperti kuman yang terlalu kuat (virulent), suhu badan akan naik terlalu tinggi dan boleh menyebabkan komplikasi.

Pegawai perubatan kesihatan awam, Nur Faiza Mohd Tohit berkongsi mengenai punca menyebabkan seseorang itu demam selepas terkena hujan.

“Apabila badan terkena hujan, suhu badan akan menurun sedikit. Jika keadaan pakaian seseorang itu basah lencun dan terdedah dalam tempoh yang lama di bawah hujan lebat, suhu badan akan turun lebih rendah hingga boleh menyebabkan hipotermia.

“Hipotermia akan menyebabkan gangguan kepada fungsi tubuh, termasuk terhadap sistem pertahanan badan. Kuman-kuman yang sudah sedia ada di dalam badan akan meneruskan serangan terhadap sistem pertahanan badan dan seterusnya mengakibatkan peningkatan suhu badan (demam),” jelasnya menerusi perkongsian di laman Root of Science.

Tambahnya, selain itu, semasa suhu badan menurun, salur darah akan mengecut untuk mengelakkan kehilangan haba daripada badan dan memastikan suhu badan kembali ke tahap normal.

“Pengecutan salur darah di bahagian hidung dan saluran pernafasan akan menyebabkan hidung tidak dapat menapis kuman dengan efisien.

“Lendir di dalam salur pernafasan juga tidak dapat mengalir dengan lancar dan mengganggu proses penyingkiran kuman dari sistem pernafasan.

Inilah yang sebenarnya menyumbang kepada demam,” katanya.




Demikianlah Artikel MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM?

Sekianlah artikel MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAIN HUJAN SEBABKAN DEMAM? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/main-hujan-sebabkan-demam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :