LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH

LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH
link : LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH

Baca juga


LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH


Lapan remaja maut: Tertuduh mengaku tidak bersalah


Johor Bahru - Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian, Februari lalu.

Tertuduh, Sam Ke Ting, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Salina Omar.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita berkenaan didakwa memandu kenderaan di atas jalan raya dengan cara melulu atau dengan cara merbahaya setelah mengambil kira tentang segala hal keadaan jalan (termasuk jenis, keadaan dan ukuran jalan tersebut).

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi pada 18 Februari di Jalan Lingkaran Dalam itu, tertuduh didakwa memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja yang sedang berbasikal di kawasan berkenaan.

Lapan penunggang basikal berkenaan adalah, Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 ;Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14 ;Muhammad Firdaus Danish Mohd Azhan, 16 ;Fauzan Halmijan, 13 ;Mohamad Azhar Amir, 16 ;Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 ;Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14 dan Haizad Kasrin,16.

Tertuduh dengan itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal berkenaan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara minimun dua tahun dan maksimum 10 tahun selain didenda antara RM 5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung sekiranya sabit kesalahan.

Salina kemudiannya menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes selain mengarahkan pasport dan lesen memandu tertuduh di serahkan kepada mahkamah sehingga tamat prosiding.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam, Faizal Mokhtar dan Bustaman Menon.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan lapan remaja maut dipercayai dirempuh kereta jenis Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, 18 Februari lalu.




Demikianlah Artikel LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH

Sekianlah artikel LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAPAN REMAJA MAUT: TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/lapan-remaja-maut-tertuduh-mengaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :