[KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH

[KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH
link : [KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH

Baca juga


[KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH


SPRM


Warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pahang hari ini menandatangani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komited agensi itu dalam membanteras gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pengarah LPP Mohd Naser Harun berkata langkah itu bagi menyokong aspirasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani rasuah serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan.

"Kita tidak mahu masalah rasuah ini terus menjadi barah dalam kalangan penjawat awam dan pelaksanaan IBR ini menunjukkan LPP sendiri komited membasmi hal ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani dan bacaan IBR oleh 100 petugas LPP Pahang terdiri daripada ketua kawasan dan unit LPP diketuai Pengarah LPP Pahang Sawalluddin Ahmad. Turut hadir Pengarah SPRM Pahang Datuk Tan Kang Sai.

Mohd Naser menyarankan LPP negeri lain turut mengambil pendekatan sama dengan melaksanakan IBR bagi meningkatkan lagi imej agensi itu.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada SPRM supaya menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran sijil IBR kepada organisasi yang telah melaksanakannya.

"Melalui sijil yang dikeluarkan oleh SPRM itu akan jadi sebagai satu pengiktirafan kepada jabatan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Tan berkata Program IBR merupakan satu inisiatif pencegahan yang dilakukan berterusan oleh SPRM dengan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan.

"Objektif program IBR ini adalah bagi mendapatkan komitmen daripada pimpinan organisasi dalam soal membanteras rasuah sekali gus dapat memastikan jabatan dan agensi berkenaan tidak terlibat dengan jenayah itu," katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH

Sekianlah artikel [KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] LPP PAHANG KOMITED TANGANI RASUAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kuantan-lpp-pahang-komited-tangani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :