Judul : Kontrovesi RM1.4Juta Rumah Pandikar Amin Mulia
link : Kontrovesi RM1.4Juta Rumah Pandikar Amin Mulia
Kontrovesi RM1.4Juta Rumah Pandikar Amin Mulia
'Beri RM1.4 juta, saya bina banglo baru untuk Pandikar'Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng mempertikaikan dana RM1.4 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf di kawasan kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin di Kuala Lumpur.
Kata Lim, peruntukan kerja naik taraf itu dilihat terlalu tinggi menyamai dengan harga sebuah banglo.
Lim berkata sekiranya kerajaan memberikan dana itu kepadanya, beliau akan membina sebuah banglo baru untuk Pandikar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan tanpa undangan di Jalan Tunku hari ini.
Menurut Lim, peruntukan itu, boleh digunakan untuk membina sepuluh rumah mampu milik di Sabah, tempat asal Pandikar, dan juga untuk membantu 100 pelajar Sabah melanjutkan pendidikan tinggi mereka.
http://ift.tt/2nHnMnC
Terdahulu, Lim bersama seorang lagi Ahli Parlimen DAP-Sedang, Ong Kian Meng meninjau rumah Pandikar.
Setibanya di pondok pengawal, lelaki tersebut mendakwa Pandikar tidak ada di rumah.
Melalui perbualan ringkas dengan kedua-dua wakil rakyat itu, lelaki berkenaan berkata laluan sepanjang 100 meter yang digunakan oleh Pandikar selama ini sebenarnya adalah jalan persendirian.
"Itu jalan persendirian, bukan jalan awam. Terdapat bonggol dibina sebelum ini," katanya.
Demikianlah Artikel Kontrovesi RM1.4Juta Rumah Pandikar Amin Mulia
Sekianlah artikel Kontrovesi RM1.4Juta Rumah Pandikar Amin Mulia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kontrovesi RM1.4Juta Rumah Pandikar Amin Mulia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kontrovesi-rm14juta-rumah-pandikar-amin.html