Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir

Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir
link : Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir

Baca juga


Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir

KUALA KANGSAR – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan  kesediaan bertemu Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada program dialog, 7 April depan.

Beliau  sebelum itu memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan antara mereka  ketika  bertemu di Dataran Lembah, petang kelmarin.

“Dia bersungguh nak jumpa  saya, tetapi saya pun tidak tahu kenapa dia nak jumpa.  Bila  sudah jumpa,  dia  tidak cakap apa pun. Nak  jumpa  tapi  tidak cakap kenapa? Dia duduk sebelah saya.

“Tidak mengapalah, kita berdebat  di  Shah Alam nanti,” katanya semasa berceramah di Kota Lama Kiri, kelmarin.

Beliau pada mulanya menyangka yang kesungguhan  Mohamed  Nazri  untuk  bertemunya  hingga sanggup  menunggu  di Maktab Rendah  Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, kelmarin adalah untuk memberitahu hasrat meletakkan jawatan.

“Saya  ingat dia nak kata ingin meletak jawatan, tetapi sebaliknya dia membisu seribu bahasa.

“Kalau dia bisik pun saya dengar tetapi dia tidak bisik apa pun. Paling tidak pun dia kata itu Sungai Perak. Tak perlu beritahu pun tidak apa, saya tahu itu Sungai Perak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kehadiran beliau ke Kuala Kangsar  adalah untuk meninjau kawasan yang dipimpin  wakil  rakyat  bergelar menteri.

“Saya datang sini nak lihat kawasan menteri tapi tak macam kawasan menteri  langsung. Barangkali  dia tumpu di kawasan lain.

“Kalau kawasan sendiri pun tak jaga, macam mana nak jaga negara? Saya bekas Presiden Umno dan sekarang berusaha untuk kalahkan Umno  kerana saya lihat bukan Najib saja yang salah.

“Pemimpin lain dalam Umno pun semacam juga perangainya.

“Dah dapat dedak banyak sampai tak boleh cakap. Mata buta, mulut bisu, telinga tersumbat,” katanya.-Sinar Harian


Demikianlah Artikel Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir

Sekianlah artikel Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kita Jumpa 7 April Di Shah Alam Nanti. - Tun Dr Mahathir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kita-jumpa-7-april-di-shah-alam-nanti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :