Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi

Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi
link : Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi

Baca juga


Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali akhirnya akan berdepan dengan siapa?

Perkara ini terus kusut selepas kata sepakat masih belum dicapai antara pihak-pihak berkaitan, bagi membincangkan sama ada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 wajib dipinda ada tidak.
Dalam perkembangan terbaru, Khairuddin dikatakan bersedia berhujah dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin terlebih dahulu bagi membahaskan perkara itu.

Bagaimanapun, Asri pula lebih berminat berdepan pemimpin tertinggi parti itu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Wakil peribadi Khairuddin, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, diskusi ilmiah dan terbuka elok diadakan antara Khairuddin dan Asri memandangkan kedua-dua mereka dilihat berbeza pandangan.

Perkara itu, kata Nurul Islam, bagi “merungkai sudut pandang bersama dan berbeza dalam isu ini untuk kefahaman bersama masyarakat Islam”.
“Diskusi ini membuka ruang untuk setiap pihak menyampaikan sudut pandang mereka secara ilmu atas semangat ukhuwah islamiah dengan tujuan yang satu iaitu agar Islam dan dakwah Islam sentiasa diperkukuhkan dalam negara ini,” katanya.

Dalam kenyataannya petang ini, Nurul Islam berkata, acara bersama pensyarah fikah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle pula dalam isu yang sama boleh diadakan selepas itu.

Isu debat itu muncul selepas Rozaimi tampil menyahut cabaran debat Khairuddin yang mencabar mana-mana pihak yang tidak sependapat dalam isu pindaan Akta 355 untuk berbahas perkara itu.

Bercakap dalam ceramah di Kelantan lebih dua minggu lalu, Khairuddin berkata mahu “menyekeh” kepala mufti jika menyifatkan usaha PAS itu sunat, bukan wajib.
Menyebut mufti Perlis secara khusus, beliau juga menyifatkan sahabat, kawan baik itu “pening” serta menjadi modal kepada penentang RUU355.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini, Nurul Islam juga berkata sedang menyusun banyak lagi dialog dengan pelbagai pihak berkaitan agenda PAS itu.
“Kita akan susun semua selepas ini atau kita akan rangkumkan dalam satu program bagi menjimatkan masa,” katanya.

Sementara itu Khairuddin semalam berkata tidak pelik jika ada yang menentang usaha PAS kerana “kurang memahaminya atau kerana agenda peribadi atau kerana sengaja mengelirukan masyarakat”.

Beliau juga memperingatkan terhadap ayat al-Quran yang menyuruh umat Islam berwaspada terhadap pihak yang melakukan fitnah dan memalingkan daripada apa yang diturunkan oleh Allah.
 VIDEO
Malaysiakini 2/3/17


Demikianlah Artikel Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi

Sekianlah artikel Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/khairuddin-mahu-berdepan-asri-dulu-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :