Judul : Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN
link : Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN
Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN
Seorang ketua Pemuda Umno bahagian di Johor ditahan reman bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun bermula hari ini sehingga Jumaat.
Keputusan berkenaan dibuat hakim Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.
Lelaki bersama peniaga wanita itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.
Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.
Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Demikianlah Artikel Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN
Sekianlah artikel Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/ketua-pemuda-umno-bahagian-teman-wanita.html